11 March 2012

Lelaki Switzerland boleh terbang merentasi Banjaran Alps di Eropah


REMO LAENG memakai sut sayapnya dan meluncur di ruang udara Studen, Switzerland pada Jumaat lalu.


ZURICH - Meluncur di udara selaju 500 kilometer sejam, seorang lelaki Switzerland merentasi Banjaran Alps di Eropah dengan menggunakan sut sayap kelmarin.

Penerjun udara, Remo Laeng terjun dari sebuah pesawat pada ketinggian 7,500 meter dekat resort ski Verbier dan merentasi banjaran berkenaan dari arah selatan.

Digelar 'lelaki burung' kerana keberaniannya meluncur di udara, Laeng, 36, terbang selama empat minit sebelum melintasi puncak Gunung Grand Combin setinggi 4,314 meter di barat daya Switzerland, sekali gus merentasi banjaran Alps. 

Agensi berita Switzerland, SDA melaporkan, dia meluncur sejauh 26 kilometer di udara sebelum mendarat dengan selamat di Aosta, Itali.

"Saya tidak mengambil risiko sebenarnya. Saya akan mengaktifkan payung terjun jika sangsi percubaan ini akan berjaya," kata Laeng.

Sut sayap yang dihasilkan sekitar tahun 1990-an memiliki lapisan di sekeliling badan pemakainya bagi membolehkan dia meluncur lebih lama di udara sebelum payung terjun diaktifkan. - Reuters

Related Posts:

  • Gempar! Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yan… Read More
  • " Ayah , Bagilah balik tangan ITA ! " Gambar Hiasan KISAH YANG PASTI MEBUATKAN AIR MATA ANDA JATUH !! TAJUK : " AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN ITA ! " Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat luk… Read More
  • Subhanallah! Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan… Read More
  • Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.Cerit… Read More
  • Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular? Sebut sahaja kedai mamak atau ‘mapley’, sudah pasti kita akan membayangkan lokasi kedainya yang sering beroperasi di bahagian cornet lot. Lokasi kedai yang agak besar, serta layanan pantas mereka membuatkan sesetengah ora… Read More

0 comments:

Post a Comment