Pemerintah Arab Saudi merancang menghantar atlet wanita untuk beraksi di Olimpik London 2012. Jika langkah itu wujud, penyertaan atlet perempuan dari Arab Saudi akan menjadi sejarah kerana selama ini kerajaan negara-negara itu melarang kaum perempuan mengikuti pertandingan sukan.
Tekanan dari dalam dan luar terhadap pemerintah kerajaan Arab Saudi untuk menghantar atlet wanita dalam Sukan Olimpik 2012 yang semakin kuat dan memaksa Arab Saudi untuk mula membincangkan permasalahan olah raga wanita itu. Dan timbul pula idea untuk memasukkan pelajaran olah raga dalam kurikulum sekolah kaum perempuan, inilah apa yang dilaporkan oleh Al Arabiya pada 22/3/2012 yang lalu.
Harian Al-Sharq menyebutkan bahawa atlet berkuda perempuan Arab Saudi, Dalma Malhas 18 tahun itu akan menjadi atlet wanita pertama dari negara itu yang akan turut serta dalam Sukan Olimpik. Al Sharq juga memberitakan pada edisi Sabtunya pada 24/03/2012 lalu.
Malhas pernah memperoleh pingat gangsa semasa mengukuhkan negaranya dalam sukan Singapore Youth Olympics tahun 2010 yang lalu. Dia berlumba atas undangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Sebelum ini, Ketua Umum Urusan Kepemudaan Amir Nayif bin Faishal menegaskan bahawa wanita Arab Saudi itu akan mengikuti Sukan Olimpik 2012 yang disesuaikan dengan kriteria syariah.
Dr. Abdullah Al Askar selaku anggota Majlis Syura Arab Saudi menyampaikan, "Ada penyelesaian dari penyelenggaraan negara yang diwakili Kementerian Pendidikan dan Pengajaran untuk memasukkan bahan pendidikan olah raga sebagai kurikulum dalam sekolah-sekolah perempuan."
Al-Azkar juga menyampaikan bahawa dalam waktu terdekat pihak Majlis Syura akan bercakap dengan ketua umum Urusan Kepemudaan untuk membincangkan masalah olah raga wanita di Arab Saudi.
Meskipun polisi itu belum diumumkan secara rasmi, putra mahkota Kerajaan Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz, menurut surat khabar tempatan yang dipetik daripada AFP, juga telah membuka kemungkinan tampilnya atlet perempuan Saudi di acara Sukan Olimpik.
Sebagaimana yang diketahui, Saudi bersama dengan Qatar dan Brunei tidak pernah menghantar atlet wanitanya dalam Sukan Olimpik hingga negara-negara Barat dan organisasi-organisasi hak asasi manusia melakukan tekanan agar ketiga negara itu menghantar atlet wanitanya.
SILA "LIKE" TANDA ANDA BENCI DENGAN TINDAKAN KERAJAAN SAUDI IN!
SILA "LIKE" TANDA ANDA BENCI DENGAN TINDAKAN KERAJAAN SAUDI IN!
kenapa negara kita sendiri menghalalkan semua ni?
ReplyDeletesedangkan negara Arab adalah Islam, dan negara kita
adalah Islam. hmmm -.-' mari kita sama2 berdoa utk ummat Islam di dunia ini, bukan menconteng arang pada Ugama Islam. As Salam
lagipun pendapat saya..apa salahnya kalau perempuan pun menyertai sukan..asalkan batas-batas kaum perempuan islam seperti menutup aurat dijaga dan mengikut syariah islam
ReplyDelete