25 March 2012

Parti pembangkang Pakistan beri amaran keras kepada kerajaan jika bantu AS

Parti-parti pembangkang Pakistan telah memperingatkan parlimen bahawa setiap kemungkinan keizinan semula penggunaan laluan di Pakistan untuk bekalan pasukan pimpinan Amerika di Afghanistan akan mencipta rusuhan di negara itu.

Sebuah aksi protes berkaitan diadakan di sebelah utara bandar Peshawar pada hari Ahad semalam. parlimen akan memulakan perbincangan mengenai hubungan negara itu dengan AS Isnin 25 Mac. Perbincangan boleh mengarah pada pembukaan kembali laluan melalui Pakistan yang digunakan untuk menghantar persediaan logistik tentera asing ditempatkan di Afghanistan menurut laporan presstv.

Islamabad menutup penyeberangan sempadan untuk NATO pada bulan November 2011 selepas serangan oleh perikatan tentera pimpinan AS yang menewaskan 24 tentera Pakistan di barat laut negara itu. Washington sampai saat ini belum mengeluarkan permintaan maaf rasmi.

Parti-parti pembangkang telah bersumpah untuk mencegah kerajaan dari membenarkan laluan bekalan bagi tentera asing di Afghanistan. Pemimpin pembangkang di Majlis Nasional Chaudry Nizar Ali Khan mengatakan bahawa Islamabad tidak perlu membuka kembali laluan saat ini. Jamat-e-Islami serta perikatan parti pembangkang lain Dewan Difa-e-Pakistan juga telah memberi amaran Islamabad tidak membuat gerakan mengenai masalah ini.

Juga pada hari Ahad Menteri Informasi dan Penyiaran Firdous Ashiq Awan mengatakan bahawa hanya parlimen mempunyai hak untuk memutuskan tentang masalah tersebut.

Dia mengatakan badan perundangan jawatankuasa keselamatan telah menyerahkan cadangan dan kerajaan akan berbincang masalah ini dengan Washington setelah parlimen membuat keputusan.

Related Posts:

  • AS tak berani serang Iran TEHERAN: Panglima Tentera Darat Iran semalam berkata, Amerika Syarikat tidak berani untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam itu. “Meskipun Washington mengerahkan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vins… Read More
  • Bapa bunuh anak dihukum penjara Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afg… Read More
  • 4 pejuang pemisah Islam mati ditembak tentera YALA: Anggota tentera menembak mati empat orang disyaki anggota pemisah Islam dalam satu kejadian terbaru di wilayah selatan Thailand yang bergolak, kata tentera, semalam. Empat lelaki itu ditembak mati semalam dan tiga lagi… Read More
  • India tetap import minyak dari Teheran MUMBAI: India semalam berkata, ia tidak akan mengurangkan import minyak dari Iran meskipun Amerika Syarikat dan Eropah menguatkuasakan sekatan baru terhadap negara itu. Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee berkata di Chi… Read More
  • Wanita sumbang mahram dipenjara SINGAPURA: Seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sendiri, diarah diletak di bawah pengawasan selama 12 bulan oleh mahkmah. Dia wanita pertama dijatuhkan hukuman kerana sumbang mahram. Ayahnya kini dipen… Read More

0 comments:

Post a Comment