4 March 2012

Tukar kerja jadi pelacur dalam hadapi krisis ekonomi di AS

Sebahagian daripada warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memilih jalan pelacuran untuk menyelamatkan diri dari kesulitan ekonomi kerana politik ekonomi Presiden Barack Obama tidak boleh dipercayai.

Rusia Today, menyebutkan pasaran pelacuran termasuk di antara segelintir sektor yang tetap menjanjikan keuntungan besar, meskipun ekonomi di Amerika Syarikat tidak mencapai keseimbangan. Masalah ini membuat sebahagian warga Amerika yang tidak sabar menanti janji kerajaan untuk menciptakan lapangan kerja, memilih jalur pelacuran demi wang dan agar tetap dapat makan.

Seperti diberitakan Far News, sumber pemberita Rusia itu menyinggung keterangan seorang ibu di Amerika Syarikat yang berpendapat bahawa pelacuran merupakan satu-satunya jalan baginya setelah ia di-PHK. Dia hanya satu daripada banyak kaum perempuan di Amerika Syarikat yang memilih jalan gelap itu.

Berdasarkan laporan itu, akibat krisis ekonomi, saat ini pelacuran tengah berubah menjadi industri gross income bagi kaum perempuan Amerika Syarikat. Seorang pekerja sendiri perempuan yang kini beralih profesion menjadi pekerja seks komersil (PSK) menyatakan bahawa kaum perempuan dapat mengubah perniagaan ini menjadi industri perubahan.

Dia bahkan menilai pelacuran sebagai sebuah jalan keluar dalam menghadapi keadaan saat ini. Berbeza dengan profesion dan pekerjaan lain, pelacuran di Amerika Syarikat tidak memerlukan surat kebenaran.

0 comments:

Post a Comment