29 August 2012

Turki sudah tutup sempadan, Pelarian Syria Makin Tertekan

Turki telah menutup sempadan dengan Syria sehingga mengakibatkan ribuan pelarian terdampar di sempadan.

Kerajaan Turki mengatakan menutup sempadannya dengan Syria kerana tidak mampu lagi menampung pelarian di kem-kem pelarian yang telah penuh sesak.

Pada hari Selasa, beberapa media Turki memetik kuasa kerajaan Turki yang mengatakan jumlah pelarian Syria yang berlindung di kem-kem Turki telah melebihi angka 80,000 pelarian dan negara ini tidak mampu menampung lebih banyak lagi.


Sekurang-kurangnya 7,000 warga Syria telah berkumpul di dua pos pemeriksaan sempadan, di selatan Turki, mencari suaka. Sementara, hanya 12 orang yang tengah cedera dibenarkan untuk menyeberangi sempadan pada hari Selasa lalu.

Ribuan warga Syria yang tinggal di kampung-kampung berdekatan sempadan telah menyeberang ke Turki untuk mencari perlindungan selepas pelancaran operasi oleh pasukan keselamatan Syria di bandar-bandar dan desa-desa sempadan untuk memburu para pejuang pembebasan.

Para pelarian telah tinggal di kem-kem pelarian di wilayah Turki seperti, Hatay, Gaziantep, Urfa dan Kilis dekat sempadan Syria.

Related Posts:

  • Larian paling mencabar di dunia SEJUMLAH orang menyaksikan peserta menyertai larian paling mencabar di dunia di Perton kelmarin.PERTON, England - Seramai 6,000 orang menyertai larian paling mencabar di dunia di sini kelmarin dengan peserta dikehendaki mena… Read More
  • AS tak berani serang Iran TEHERAN: Panglima Tentera Darat Iran semalam berkata, Amerika Syarikat tidak berani untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam itu. “Meskipun Washington mengerahkan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vins… Read More
  • India tetap import minyak dari Teheran MUMBAI: India semalam berkata, ia tidak akan mengurangkan import minyak dari Iran meskipun Amerika Syarikat dan Eropah menguatkuasakan sekatan baru terhadap negara itu. Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee berkata di Chi… Read More
  • Bapa bunuh anak dihukum penjara Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afg… Read More
  • Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari P… Read More

0 comments:

Post a Comment