Tiga ribu warga Israel turun ke jalan Tel Aviv, pada Sabtu malam 4/8 lalu, dalam dua pertemuan terbuka berasingan bagi menentang polisi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Mereka menuntut keadilan sosial serta pembahagian yang sama di atas beban bertugas di tentera. Para penunjuk perasaan marah akibat kos hidup yang semakin tinggi di Israel. Terutama kos makanan, petrol, pendidikan dan kesihatan. Mereka juga mengeluhkan ketidakadilan sosial dan jurang yang semakin besar antara golongan kaya dan miskin di Israel.
Penganjur kedua protes tersebut, Forum Israel bagi Pejabat yang Sama dan Gerakan Keadilan Sosial, mengumumkan pada Khamis 2/8 lalu kegiatan bersepadu akan diadakan.
Namun, ahli kedua-dua kumpulan itu tak sependapat untuk menggabungkan kekuatan akibat perbezaan ideologi. Ketegangan meningkat ketika pemprotes dari satu pertemuan terbuka berusaha mengganggu pertemuan lain.
Seorang pemprotes berusaha naik ke pentas dan dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan. Yang lain menyampaikan ketidakpuasan mengenai acara pertemuan terbuka tersebut.
Aksi protes yang berlangsung di muzium seni di kota itu dihadiri 2,000 orang. Pemprotes menuntut penyusunan undang-undang baru tentera kerana Undang-undang terkini berakhir masa berlakunya.
Hukum Tal yang berumur satu dekad dan diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Agung pada Januari membenarkan penangguhan latihan ketenteraan bagi mahasiswa tertentu sehingga usia 28 tahun dan dibenci ramai orang Yahudi yang menjalani latihan ketenteraan.
Seramai 1,000 orang dari lapangan Habima, tempat kelahiran Gerakan Keadilan Sosial setahun lalu, di pejabat kerajaan,mereka menyeru perdana menteri agar mundur, dan melaungkan "Ibu kota, kerajaan, dunia penjahat" dan "Kami menuntut keadilan sosial" ketika mereka berdemonstrasi di sepanjang jalan utama.
Para pemprotes tidak setuju dengan rancangan penjimatan yang diluluskan baru-baru ini. Serta usaha Netanyahu meningkatkan angka sokongan melalui konsep keselamatan. Konsep mengenai kemungkinan serangan terhadap pemasangan nuklear Iran.
Beberapa kajian berpendapat menunjukkan angka sokongan terhadap Netanyahu naik hingga memecahkan rekod 60 peratus.

0 comments:
Post a Comment