4 August 2012

Hamas Bebaskan Pimpinan Kumpulan Jihad Salafi di Gaza

Kerajaan Hamas di Gaza telah membebaskan pemimpin kumpulan yang diyakini mempunyai hubungan dengan Al Qaeda yang telah ditahan selama 17 bulan.

Hisyam al-Saedni, juga dikenali sebagai Abu al-Walid al-Maqdissi, dibebaskan malam Khamis, kata sumber itu. Namun Hamas menolak untuk memberikan penerangan.

Saedni yang kini berusia kira-kira akhir 50-an dijangka menjadi pemimpin kumpulan jihad salafi, Tauhid wal Jihad. Kumpulan ini dipercayai telah melaksanakan ideologi Islam Al-Qaeda. Beberapa sumber mengatakan bahawa Saedni bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq pada awal pencerobohan AS tahun 2003.

Hamas menangkap Saedni, 4 Mac 2011, dengan tuduhan mengganggu ketenteraman awam di Jalur Gaza. Hamas merebut Jalur Gaza dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada tahun 2007.

Sejumlah kumpulan Jihad Salafi telah muncul di Gaza dalam beberapa tahun terakhir. Tidak seperti Hamas, mereka menyokong ideologi jihad global. Beberapa diantara kumpulan jihad salafi ini menuduh Hamas gagal dalam melaksanakan undang-undang Islam di Jalur Gaza.

0 comments:

Post a Comment