Kerajaan Ethiopia telah menyekat akses ke website OnIslam.net dan media lain kerana liputan mereka terhadap protes umat Islam terhadap campur tangan pemerintah dalam urusan agama Islam.
"Banyak laman web yang disekat di Ethiopia," kata sumber kepada OnIslam.net tanpa menyebut nama, pada hari Selasa 7 Ogos lalu.
Di antara laman disekat adalah OnIslam.net dan Aljazeera.net kerana liputan mereka mengenai tindakan represif pemerintah Ethiopia dalam beberapa waktu terakhir terhadap umat Islam di sana. Tidak ada kenyataan rasmi dari pemerintah tentang sekatan ini.
Tindakan ini dipandang sebagai usaha kerajaan Ethiopia untuk mengelakkan masalah yang menimpa Islam Ethiopia menjadi lebih terkenal di dunia.
"Pihak berkuasa kerajaan Ethiopia menyekat website yang sangat sering dikunjungi seperti OnIslam.net dan Aljazera.net kerana takut bahawa masalah Islam Ethiopia akan menjadi lebih terkenal di dunia Arab dan Islam," kata sumber tadi.
Ethiopia selama ini terkenal kerana sensor internet. Bulan lalu, kerajaan Ethiopia memasang sistem untuk menyekat akses kepada rangkaian Tor - sebuah lapisan Internet "tersembunyi", digunakan untuk membolehkan komunikasi dalam talian tanpa nama. Pada bulan Mei, kerajaan mengeluarkan peraturan mengkriminalisasi penggunaan VoIP (voice over internet protocol) untuk melakukan telefon. Pesalah menghadapi 15 tahun penjara. Pembekal perkhidmatan seperti ini juga menghadapi lapan tahun penjara dan juga boleh dipenjara kerana menggunakan laman web sosial media yang dilarang.

0 comments:
Post a Comment