3 March 2012

Ustaz Abu Bakar Basyir kekal dengan hukuman 15 tahun penjara

Pada hari Isnin (27/02) yang lalu Mahkamah Agung Indonesia menetapkan hukuman 15 tahun penjara kepada ustaz Abu Bakar Basyir, atas keputusan ini penguat kuasa undang-undang ustaz Basyir akan mengajukan tinjauan.

Maklumat yang dilaporkan dari media negara itu dari Abdulrahim Basyir pada pukul 18.55 pada hari yang sama, bahawa Ahmad Michdan selaku peguam Basyir mengatakan "keputusan MA telah turun. Ustadz Abu divonis 15 tahun, menguatkan kembali keputusan Mahkamah di Negeri Jakarta Selatan."

Abu Bakar Basyir didapati bersalah kerana melakukan jenayah keganasan dan dihukum 15 tahun penjara bermula pada bulan Jun tahun lepas.

Dalam persidangan itu Abu Bakar Basyir terbukti merancang dan meluluskan dana untuk pembiayaan latihan tentera pengganas yang mengadakan latihan bersenjata di Wilayah Nangroe Aceh Darussalam.

Namun keputusan ini dikurangkan menjadi sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Pasukan Peguam Muslim yang menjadi kuasa undang-undang kepada ustaz Abu Bakar Basyir mengajukan. Tetapi Mahkamah Agung itu telah menetapkan hukuman kepada ustaz Basyir tetap dengan 15 tahun penjara.

Sementara itu, seperti dilaporkan oleh BBC, Mahkamah Agung Ridwan Mansor mengatakan dengan keputusan yang ditetapkan Isnin (27/02) itu, pengurangan hukuman terhadap Abu Bakar Basyir menjadi sembilan tahun Oktober lalu telah dibatalkan.

Keputusan Mahkamah Agong Indonesia kembali ke keputusan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada bulan Jun, namun Mahkamah Agong tetap membuat keputusan sendiri, walaupun keputusannya sama dengan keputusan PN Jakarta Selatan.

Defendan Abu Bakar Basyir terbukti secara sah bersalah melakukan jenayah keganasan, menjatuhkan jenayah kepada terdakwa dengan hukuman 15 tahun penjara.

Sementara itu salah satu peguam dari Tim Pembela Abu Bakar Basyir (TPABB), Muhamad Assegaf menyebut keputusan Mahkamah Agong  itu mendapat  tekanan daripada pihak asing dan menekankan akan mengadakan tinjauan kembali.

Daripada sejumlah perkara yang dihadapi Abu Bakar Basyir yang sudah tua dan umurnya sudah mencapai  75 tahun masih tetap menjadi sasaran seolah-olah orang yang sangat berbahaya. kata Assegaf kepada BBC Indonesia.

Dan beberapa hari menjelang keputusan, sudah di gemparkan tentang sekatan akaun Jamaat Ansharut Tauhid, JAT. Tekanan daripada kerajaan Indonesia terhadap Abu Bakar Basyir ini sangat melampau.

Hari Jumaat (24/02) yang lalu, Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat melaporkan di dalam laman web rasminya memasukan JAT di dalam senarai organisasi pengganas-pengganas dunia.

0 comments:

Post a Comment