6 March 2012

Hebat! Filem Fetih 1453


AFP
TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara pada 27 Februari lalu.


ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.

Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.
Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan. 

Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini. 

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.

Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - Agensi


Related Posts:

  • Awek China ini nak bunuh diri sebab tak ada kekasih TIGA anggota polis menarik kaki dan tangan seorang gadis yang mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 32 sebuah bangunan di Changsha pada Isnin lalu. CHANGSHA, China - Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untu… Read More
  • Risalah Khalifah Abu Hafs pada Pope dipamerkan SEPUCUK surat daripada Khalifah Abu Hafs dipamerkan di Capitol Hill, Rom kelmarin. ROM, Itali - Sepucuk surat daripada Khalifah Abu Hafs Umar al-Murtada dari Maghribi kepada Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Innocent … Read More
  • Berlian RM11.9 juta bekas Permaisuri Perancis dilelong GAMBAR menunjukkan sebutir batu berlian yang pernah dipakai bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici. GENEVA, Switzerland - Firma lelongan antarabangsa, Sotheby akan melelong sebutir batu berlian yang pernah dipak… Read More
  • Cas beteri telefon dengan kuasa air SEBUAH pengecas FC PowerTrekk (kiri) berada di tepi sebuah telefon bimbit yang dipamerkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia di Barcelona kelmarin. BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas … Read More
  • Adam terjun jambatan sekali dengan basikal ADAM FLINT terjun bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat Pitlochry, Scotland kelmarin. PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry … Read More

0 comments:

Post a Comment