4 March 2012

Taliban bunuh tentera NATO dengan peluntur pakaian

Pejuang Taliban berjaya memasukan racun di dalam makanan pasukan tentera NATO di Afghanistan dengan "peluntur pakaian". Menurut tuntutan Taliban, mereka telah membunuh lima orang dengan cara mencampurkan racun ke dalam makanan.

Para pegawai NATO ISAF sendiri, seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Rusia RT.COM sudah memerintahkan penyelidikan atas tuntutan racun "pemutih" tersebut. Penyelidikan mendapati bahawa pada buah-buahan dan kopi yang disediakan di kemudahan kantin NATO di pangkalan Torkham, di dekat sempadan Afghanistan-Pakistan terdapat "jejak pemutih" tersebut.

Pencemaran pemutih tersebut ditemui pada akhir minggu yang lalu, tetapi belum jelas apakah itu sengaja atau tidak, kata Kapten John Kirby, jurucakap Pentagon di Kabul.

Taliban pada Isnin lalu mengaku bahawa seorang tukang masak Afghanistan mencampur makanan di kantin NATO dengan racun dan berjaya membunuh lima orang tentera NATO.

Menurut Taliban, usaha meracuni makanan ini mereka lakukan masih sebagai pembalasan atas kes pembakaran Al-Quran yang dilakukan tentera NATO.

PBB sendiri memutuskan menarik seluruh kakitangan antarabangsanya dari Afghanistan utara setelah demonstrasi besar dengan kekerasan yang terjadi selama beberapa minggu akibat pembakaran Al-Quran.

Related Posts:

  • Filem Zombie hina Osama dan Al Qaedah ? Masyarakat Amerika nampaknya masih ingin dimusuhi oleh Al Qaidah. Walaupun pemimpin Al Qaidah Usamah bin Ladin sudah meninggal, namun masih dijadikan bahan penghinaan pengarah filem Hollywood. Filem ini mengisahkan Usamah … Read More
  • Kematian Yasser Arafat adalah kerana diracun Para saintis dari sebuah lembaga Switzerland mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat mungkin diracun dengan polonium.Menurut penemuan kajian makmal yang dilakukan di Institut de Radi… Read More
  • [Video]Polis Israel Belasah Kanak-kanak Palestin Kumpulan Hak asasi manusia B'Tselem, telah upload video yang menunjukkan pegawai polis Israel secara ganasnya menyerang kanak-kanak Palestin, memberikan lebih banyak bukti kekerasan Israel terhadap anak-anak Palestin. Su… Read More
  • Mursi ingin menjalin dan memperkuatkan hubungan Mesir dan Iran? Presiden Mesir yang baru saja dilantik, Mohammed Mursi mengatakan pada media Iran, dirinya ingin sekali memperkuatkan hubungan dua hala dengan Negeri Parsi. Perkara itu ditujukan untuk mencipta kestabilan di Timur Tengah.… Read More
  • Ucapan-ucapan Pertama Mursi di Medan Tahrir Presiden Mesir Mohamed Mursi memberikan pidato tidak rasmi pertamanya pada Jumaat 29 Jun lalu di hadapan beratus-ratus ribu manusia di Tahrir Square menentang usaha para Agung untuk menyekat kekuasaan presiden awam pertam… Read More

0 comments:

Post a Comment