7 March 2012

Kenapa The Star siar gambar ini?


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Related Posts:

  • PAS dan negara haram IsraelBumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad  S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah,… Read More
  • Kemuncak konflik Mahathir-AnwarSedar tak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada j… Read More
  • Media dan pilihan raya adil Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule… Read More
  • Shahrizat senasib dengan NajibMENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah. Ia satu amal bagi mend… Read More
  • Duta Mesir Kata krisis Syria boleh gugat kestabilan serantauKRISIS politik di Syria yang telah berlarutan selama 10 bulan, kini semakin meruncing. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurngnya 5,400 orang telah terbunuh sejak Presiden Bashar al-Assad melancarkan… Read More

0 comments:

Post a Comment