6 March 2012

Gila punya ibu rakam anak kena rogol

Gmbar Hiasan
SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Related Posts:

  • Bekas tentera rogol dan samun wanita dipenjara 13 tahun, 16 sebatan Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota tentera berpangkat lans koperal hari ini dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan m… Read More
  • 5 kakitangan kerajaan main judi ditangkap Gambar Hiasan MELAKA – Lima penjawat awam adalah antara 98 yang ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi gelap (D7) beberapa negeri menerusi ”Ops Dadu” di sekitar Melaka Tengah awal pagi ini. K… Read More
  • Celcom pedajal orang - luahan penggunaSalam semua saya terkejut 3 hari lepas datang posmen hantar 2 surat..rupa2nya bil dari celcom..dlmnya ada 2 bil 'pertama' setiap satu berjumlah RM78.40 x2 ..saya ingatkan bil saya...rupa2nya bila dibuka bil bagi anak saya … Read More
  • Suami, Isteri dan anak simpan heroin bernilai RM300,000KUALA LUMPUR 7 Mac - Tiga beranak yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jeni… Read More
  • Tembak teman baru bekas kekasih Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Selepas hubungan yang terjalin selama 12 tahun gagal, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke arah teman baru bekas kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembanga… Read More

3 comments:

  1. Sorila terpaksa cakap .
    Bodohnya mak dia ni . sanggup gadaikan maruah anak . . .
    Gila la zaman sekarang ni .
    Macam2 hal berlaku . .
    Semoga di jauh kan lahh . .

    ReplyDelete
  2. dunia nak kiamat dah woooiii..insaflah manusia.ini bukan bodoh..tp jahil nak mampus..tengoklah esok2 hukuman Allah mcm mana..binatang pun xsekeji mcm ni..ni manusia berhati syaitan iblis

    ReplyDelete
  3. hairan2....

    ReplyDelete