3 March 2012

Kitab kuno Nabi Isa as berusia 1500 tahun di Turki adalah kitab injil asli

Sebuah kitab kuno ditemui di Turki, di mana ia tercatat bahawa Jesus dipercayai telah mengkhabarkan kedatangan Nabi Muhammad (SAW) ke bumi.

“Seiring dengan keyakinan Islam, Injil melayan Nabi Isa as. sebagai manusia dan bukan Tuhan,”  Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan kepada Daily Mail, sebagaimana dinyatakan di laman onislam pada Isnin 27 Februari yang lalu.

Ini menolak idea Triniti dan Penyaliban dan mendedahkan bahawa Nabi Isa as. meramalkan kedatangan Nabi Muhammad.

Kitab ini dianggarkan berusia 1,500 tahun dan diyakini sebagai Injil yang Muslim percaya ia adalah injil asli.

St Barnabas secara tradisional dikenal pasti sebagai pengasas Gereja Siprus, yang kemudian disebut sebagai ajaran Kristian dan dia disebut sebagai rasul.

Gunay mengatakan teks bersampul kulit, yang ditulis pada kulit haiwan, boleh menjadi versi asli dari Injil, yang dipelihara oleh Gereja Kristian kerana selaras dengan pandangan Islam tentang Jesus.

Ia mengatakan Paus Benedict XVI telah rasmi diminta untuk melihat buku, yang ditemui oleh polis Turki semasa operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.

Dalam buku itu, Jesus dipercayai telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad.

"Dalam satu versi Injil, ia telah mengatakan kepada pendeta: 'Bagaimana Mesiah menyebut? Muhammad adalah nama yang diberkati-Nya'," kata Gunay.

"Dan di tempat lain, Jesus menyangkal menjadi Mesiah, mendakwa bahawa ia (utusan terakhir) merupakan Ismail, istilah yang digunakan untuk orang Arab."

Muslim percaya kepada Jesus sebagai salah satu nabi besar Tuhan dan bahawa ia adalah anak Mariam tetapi bukan Anak Allah. Dia dikandung dan lahir secara ajaib.

Dalam Al-Quran, Jesus disebut "Isa". Dia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristian) dan Ibnu Maryam (Anak Maria).

Adapun penyaliban-Nya, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa tidak disalib tetapi diangkat ke langit.

Muslim percaya bahawa Nabi Isa akan datang kembali ke bumi sebelum akhir masa untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman awam, melawan Anti-Kristian (Al-Masih Al-Dajjal) dan membawa kemenangan bagi kebenaran.

0 comments:

Post a Comment