8 March 2012

6 Hackers hebat serang web agensi kerajaan dan korporat AS

NEW YORK 7 Mac - Enam suspek ketua kumpulan penggodam antarabangsa dikenali sebagai Anonymous, didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam atas kesalahan melakukan jenayah siber.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, kesemua tertuduh didakwa melakukan penggodaman dan mengkucar-kacirkan laman web agensi kerajaan dan korporat.

Antara yang didakwa ialah Hector Xavier Monsegur, yang dikenali sebagai Sabu, individu yang bertanggungjawab menyerang laman web Paypal milik Ebay, MasterCard Inc dan Visa Inc antara Disember 2010 dan Jun tahun lalu.

Serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap keengganan syarikat terbabit memberi sumbangan kepada WikiLeaks, kumpulan yang membocorkan maklumat sulit diplomatik pada 2010.

Dakwaan terhadap Monsegur difailkan di Mahkamah Persekutuan di New York atas kesalahan jenayah maklumat.

Pihak mahkamah berkata, pada Ogos lalu, tertuduh mengaku bersalah atas 12 tuduhan termasuk menggodam komputer dan berkonspirasi.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS50,000 (RM150,000) dan berdepan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

FBI berkata, seorang lagi penggodam, Jeremy Hammond turut ditahan di Chicago pada Isnin lalu dan didakwa atas kesalahan menggodam perisikan dunia dan penyelidikan Strategic Forecasting Inc pada Disember lalu.

Hammond yang dikenali sebagai Anarchos dan AntiSec disahkan mempunyai kaitan dengan kumpulan Anonymous dan beberapa kumpulan lain.

Seorang lagi suspek, Jake Davis yang menggunakan nama samaran Topiar, turut didakwa atas kesalahan menyerang sistem komputer syarikat Sony, pihak polis, kementerian kesihatan dan akhbar News International. - REUTERS

Related Posts:

  • Ramai askar Amerika terbabit jenayah seksNEW YORK 20 Jan. - Jenayah keganasan seks yang dilakukan oleh anggota-anggota tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas dan ia dikaitkan dengan trauma perang. Menurut lapo… Read More
  • Kanak-kanak mangsa terbaru H5N1JAKARTA 20 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi korban terbaru selesema burung di Indonesia tahun ini, selepas seorang saudara lelakinya meninggal dunia juga akibat virus H5N1 awal bulan lalu. M… Read More
  • Thailand negara terbaru iktiraf PalestinNEW YORK 20 Jan. - Thailand muncul sebagai negara terbaru mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, dalam satu langkah yang disambut baik Palestin bagi mendapatkan sokongan antarabangsa. "Thailand secara rasmi men… Read More
  • 25,000 anggota keselamatan kawal Sukan Olimpik 2012 Tentera dan polis marin dalam bot peronda, boy RIB, LCVP meronda Sungai Thames dekat Woolwich semasa latihan keselamatan sempena Sukan Olimpik 2012, di London semalam. - REUTERS LONDON 20 Jan. - Kira-kira 25,000 ang… Read More
  • Saintis Iran dibunuh guna maklumat PBBGENEVA 20 Jan. – Iran semalam mendakwa pembunuhan saintis mereka pada minggu lalu kemungkinan besar menggunakan maklumat yang diperolehi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Ros… Read More

1 comment: