9 March 2012

5 bandar-bandar terbusuk di dunia

Di dunia ini, ada kota yang dinobatkan sebagai kota paling romantik (Paris), bandar tersibuk (New York) atau bandar terkecil (Vatican City) di dunia. Tapi ada pula yang mendapatkan reputasi buruk, salah satunya bandar yang paling bau di dunia.

Laman travel Skyscanner.com, seperti dilaporkan Courier Mail menyebut, ada lima bandar yang dianggap mempunyai aroma yang tidak sedap di dunia. Meskipun begitu, bandar ini tetap jadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal. Tapi bandar-bandar ini tentu saja bukan pilihan pertama jika anda mengharapkan bercuti di tempat dengan udara sejuk dan segar.


1. Cancun, Mexico
Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing kerana keindahan pantai dan atmosfera yang hebat. Tapi Cancun juga popular kerana baunya yang sangat busuk. Kononnya, bau busuk di bandar pantai yang terletak di bahagian selatan Mexico ini berasal daripada bahagian bawah tanah yang berada di kawasan hotel-hotel.
 
 2. Venice, Itali
Bandar ini memang mempunyai reputasi sebagai sebuah bandar yang indah dan romantik. Tapi sebaiknya jangan melawat Venice di bulan-bulan musim panas. Pada tempoh itu, sistem kebersihan atau pam pembersih sampah sedang melakukan tugas rutinnya. Iaitu membuang semua kekotoran terus ke saluran. Di cuaca panas, aroma yang agak 'pelik' yang menyengat.
 
3. Rotorua, New Zealand
Rotorua adalah sebuah bandar di tepi selatan tasik Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Bandar ini terkenal dengan tempat mandian air panasnya yang hebat. Namun, para pelancong sepertinya akan sedikit terganggu dengan bau-bauan yang sepintas serupa aroma telur busuk. Hal itu disebabkan pembebasan hydrogen sulfida dari gleiser. Kerana bau belerang yang sangat busuk, Rotorua juga dikenali dengan panggilan "Bandar Sulfur".

4. St Helen Auckland, Durham
St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi percutian yang tepat. Tempat yang anda inginkan adalah udara yang segar. Hampir sebahagian besar pertanian tempatan menghasilkan bawang, sehingga desa kecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. Beberapa pelancong yang pernah berkunjung ke sini mengingatkan ada kalanya mereka tidak boleh meninggalkan rumah, bahkan tidak berani membuka tingkap kerana bau yang sangat busuk dan menusuk hidung.

5. Côte-d'Or, Perancis
Daerah di bahagian selatan Perancis ini sering berbau kurang sedap kerana ia merupakan pusat pengeluaran keju yang paling busuk di dunia. Nama keju tersebut adalah The Epoisses de Bourgogne. Baunya sangat tidak kurang menyenangkan, sehingga makanan yang satu ini dilarang untuk dibawa dalam pengangkutan awam.

0 comments:

Post a Comment