3 March 2012

[VIDEO]Pelukis Karikatur Nabi diserang

Di Stockholm, Sweden, seorang kartunis yang beberapa tahun lalu menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana melukis gambar Nabi Muhammad SAW, dibaling telur dan dihentikan acara seminarnya serta merta di sebuah universiti tersebut. Saat ia sedang memberi kuliah. Lars Vilks sedang mempamerkan kartun lain hasil karyanya, juga yang dia gambarkan sebagai Nabi SAW.

Seperti dilaporkan Associated Press, Lars Vilks tidak sampai tercedera dalam "serangan telur" pada hari Selasa lalu. Selain dibaling telur, saat Lars Vilks juga sedang mempamerkan kartun Nabi di Universiti Karlstad, acaranya juga di ganggu sejumlah pelajar dan pemuda Muslim yang melaungkan takbir di dalam ruang kelas universiti tersebut.

Akhirnya, di tengah balingan telur, Lars Vilks dipindahkan pegawai keselamatan ke tempat yang lebih selamat.


Dalam syarahan mengenai kebebasan bersuara di Karlstad Universiti. artis Lars Vilks telah diserang dengan balingan telur oleh sekumpulan pendengar.


Di tempat kejadian apabila Lars Vilks ingin memberi syarahan mengenai kebebasan bersuara di Universiti Karlstad.

0 comments:

Post a Comment