15 January 2012

Pekerja kilang maut dirempuh

Pekerja kilang maut dirempuh
SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang maut dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 15.2, Lebuhraya Persekutuan berhampiran Tol Batu Tiga, pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kejadian jam 7.45 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan terbabas merempuh besi pembahagi lebuh raya manakala sebuah lagi terbabas ke kiri lebuh raya.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang wanita warga Indonesia yang berada di laluan pejalan kaki dirempuh kenderaan yang terbabas ke kiri lebuh raya.

“Kenderaan terbabit kemudian melanggar paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan pencawang telekomunikasi sebelum terhumban ke dalam parit.

“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat. Bagaimanapun pemandunya terselamat dan mendapat rawatan di pusat perubatan swasta berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, rempuhan kenderaan terbabit menyebabkan injap paip syarikat bekalan air berukuran 42 inci itu patah dan pecah.

Bagaimanapun katanya, tiada gangguan air berlaku kerana kakitangan Syabas segera mengalihkan air tersebut ke paip Syabas yang berukuran 49 inci.

Related Posts:

  • Pekerja restoran dibunuh MUAR 31 Jan. – Seorang pekerja wanita sebuah restoran ditemui mati berlumuran darah di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bakri di sini malam tadi. Puteri Setiana Subari (gambar), 23, warga Indonesia yang bekerja di sebu… Read More
  • Gosip Rosmah di tangan wartawan gaySebilangan orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor. Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seora… Read More
  • 8 termasuk 2 beradik geng samun dicekupMohan Singh Tara Singh menunjukkan lima buah kereta yang berjaya dirampas dalam operasi pada sidang akhbar kes pecah rumah, curi kereta dan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam. KUALA LUMPUR 31 Jan. - Po… Read More
  • Polis siasat penemuan kepala babi di masjid KUALA LUMPUR 31 Jan. - Polis sedang menyiasat kes penemuan kepala babi yang ditinggalkan di hadapan tangga sebuah masjid di Kilometer 28.8, Rawang dekat sini awal pagi ini. Siasatan itu akan diberi tumpuan kerana ia melibatk… Read More
  • 'Keluarga Shahrizat diminta isytihar gaji jika tak bersalah' DAP hari ini mencabar ahli-ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya mengisytiharkan gaji sebenar bagi menangkis dakwaan bahawa mereka diberi pendapatan lumayan sebagai eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC… Read More

0 comments:

Post a Comment