19 March 2012

Mahkamah tentera Mesir bebaskan adik Pemimpin Al-Qaeda

Sebuah mahkamah tentera Mesir pada hari Isnin semalam membebaskan Mohammed al-Zawahiri, adik pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, dan Mohammed Islambouli, yang juga saudara dari Khaled Islambouli, yang membunuh presiden Anwar Sadat pada 1981.

Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman kerana dituduh merancang serangan.

"Alhamdulillah, dia ditetapkan tidak bersalah," kata putra Zawahiri, Abdelrahman kepada AFP melalui telefon setelah keputusan.

"Kami berharap dia akan dibebaskan dalam masa beberapa hari akan datang," kata peguamnya, Kamel Mandor.

Pada tahun 1998, Zawahiri dan Islambouli dijatuhi hukuman atas tuduhan menjalani latihan tentera di Albania dan perancangan operasi tentera di Mesir.

Mandor mengatakan sidang juga membebaskan beberapa aktivis lain termasuk Sayyid Imam Fadl, yang pernah memimpin Jihad Islam Mesir dan mentor dari Ayman al-Zawahiri.

Tapi Fadl, seperti tahanan lain yang dibebaskan, telah mengelakkan kekerasan di akhir 1990-an dan terlibat dalam perang pendapat dengan Ayman al-Zawahiri, menolak penggunaan kekerasan dalam perjuangannya.

Islambouli kembali dari pengasingan di Iran setelah pemberontakan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011, bergabung dengan sejumlah aktivis Islam Mesir yang ke negara itu selepas penggulingan musuh mereka.

Dalam pemerintahan yang dipegang tentera, yang berkuasa selepas penggulingan Mubarak, beberapa pemimpin aktivis Islam yang dipenjara telah dibebaskan, termasuk pemimpin Jihad Islam Abud al-Zumor.

Bahkan para bekas aktivis Jamaah Islamiyah Mesir, yang terlibat dalam pembunuhan Sadat, telah membentuk sebuah parti yang mempunyai wakil di parlimen yang saat ini juga diduduki oleh majoriti para aktivis Islam.

0 comments:

Post a Comment