7 March 2012

6 tentera Britain terbunuh dibom di Afghanistan

CNN melaporkan enam tentera Britain hilang dan dipercayai telah terbunuh setelah terdengar sebuah letupan di barat daya Afghanistan. Maklumat tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan Britain pada hari Rabu yang lalu.

Insiden kehilangan enam tentera Britain terjadi pada Selasa yang lalu di wilayah Helmand.

"Saya mempunyai maklumat lengkap bahawa enam anggota tentera kami hilang, diyakini terbunuh ketika mengawal keselamatan," kata Leftenan Kolonel Gordon Mackenzie, jurucakap unit tugas tentera di wilayah tersebut.

Para tentera itu sedang melakukan perjalanan dengan kenderaan trak ketika sebuah letupan besar berlaku. Kenderaan mereka menghentam ranjau darat dan terjadi letupan besar, kata Mackenzie.

Enam tentera yang terbunuh itu sekaligus mengingatkan pada insiden 10 Julai tahun 2009 yang lampau, di mana enam tentera Britain juga terbunuh serentak dalam sebuah kejadian.

0 comments:

Post a Comment