28 January 2012

Mayat bayi tanpa kepala, kaki ditemui di tebing sungai


Seorang anggota forensik membawa mayat bayi tanpa kepala dan kaki ke hospital untuk bedah siasat di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasrat mahu menjala ikan di Sungai Hulu Klang di Lorong Embun 3, Kuala Ampang, Ampang dekat sini hari ini, setelah terkejut menemui mayat bayi tanpa kepala terdampar di atas batu di tebing sungai tersebut.

Selain tiada kepala, bayi malang yang hampir reput itu juga hilang kaki kanan dipercayai terputus akibat dilanggar sampah-sarap dan batu sungai semasa dihanyutkan arus.

Menurut Roslan Ashari, 40, dia yang tinggal di Kampung Pandan, Ampang, memang sudah biasa menjala ikan di sungai terbabit setiap kali mempunyai masa lapang.

"Sungai ini memang menjadi tumpuan penjala dan kaki pancing kerana mempunyai banyak ikan terutama talapia.
"Setiap kali cuti, saya akan mengambil kesempatan menjala di sini, tetapi tidak sangka menemui mayat bayi dalam keadaan mengerikan hari ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Roslan memberitahu, dia yang menemui mayat bayi tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada mulanya menyangka ia mungkin anak patung.

Namun, katanya, dia terkejut apabila setelah diamati objek yang disangka anak patung itu rupa-rupanya adalah mayat bayi.

Katanya, disebabkan tidak mempunyai telefon bimbit, dia bergegas mendapatkan seorang lelaki yang menyewa di sebuah rumah berhampiran sungai tersebut untuk meminta bantuannya menghubungi polis.

"Dalam keadaan terkejut, saya turut berasa sedih melihat mayat bayi tanpa kepala dan sebelah kaki itu. Sampai hati ibu bayi ini memperlakukan anaknya sekejam itu," ujarnya.

Sementara itu, polis yang menjalankan siasatan belum dapat mengenal pasti jantina bayi malang terbabit kerana sebahagian tubuhnya hancur dan hampir reput

0 comments:

Post a Comment