28 January 2012

Iran rasai beban sekatan


Gambar fail bertarikh 16 Januari 2012 menunjukkan wanita Baluch bersama anak-anak berehat di kawasan rumah mereka di kampung Tiss, bandar Chabahar, Iran. Mereka ialah antara rakyat Iran yang merasai kesan ekonomi akibat sekatan Barat. - REUTERS


TEHERAN 28 Jan. - Sekatan ekonomi meluas Barat ke atas Iran ekoran program nuklear kontroversinya, telah menyukarkan kehidupan rakyat negara ini berikutan kenaikan kadar inflasi dan keadaan Teheran yang semakin dipencilkan Barat.

Sekatan perbankan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikuatkuasakan sejak 18 bulan lalu dan diperketat lagi pada awal minggu ini, menyebabkan peningkatan inflasi dan menjatuhkan nilai mata wang negara ini, sekali gus menjejaskan rakyat.

Turut merasai kesan sekatan itu ialah berjuta-juta penduduk Iran yang menanggung ahli keluarga atau sanak saudara yang tinggal di luar negara terutamanya di AS, Kanada dan Eropah.

"Kos untuk membeli barangan asing meningkat antara 20 hingga 50 peratus sejak beberapa bulan ini. Kerajaan mengawal harga produk keluaran Iran.

"Harga barangan tenusu misalnya tidak akan dinaikkan lebih daripada lima hingga 10 peratus," kata seorang pengusaha kedai runcit, Ali di utara Teheran.

Kadar inflasi yang meningkat kepada 21 peratus mengakibatkan harga barangan import terutamanya peralatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit, televisyen dan peti sejuk naik mendadak lebih 50 peratus.

Selain itu, harga ubat import tertentu juga meningkat kira-kira 30 peratus, sementara buku-buku terbitan luar negara juga tidak mampu lagi dibeli masyarakat negara ini.

Sekatan ekonomi yang dikenakan juga menjejaskan kebanyakan saluran perbankan yang menjalankan urus niaga tukar beli menggunakan mata wang dolar dan euro, sekali gus menyukarkan pengiriman wang oleh kebanyakan rakyat Iran kepada keluarga yang berada di luar negara.

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan Iran semalam mengeluarkan amaran akan menghentikan eksport minyak ke EU pada minggu depan bagi memburukkan lagi situasi ekonomi di benua itu.

Anggota Parlimen dijadual mengundi esok untuk menguatkuasakan keputusan itu seawal minggu depan selepas EU memberi mereka tempoh sehingga Julai ini untuk melaksanakan sekatan import minyak ke atas Iran. - AFP/REUTERS

Related Posts:

  • 7 Mitos Sains Yang Tidak Tepat1. Tidak ada graviti di luar angkasaSebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke si… Read More
  • Katak Paling Besar di DuniaKatak yang biasa terlihat di negara tak lebih besar dari tikus. Tapi ada katak yang beratnya mencapai 4 paun atau hampir 2 kilogram. Itulah Katak Afrika yang hidup di Mozambique.Katak raksasa ini bergigi tajam, warnanya h… Read More
  • Fenomena menakjubkan Tsunami Berbentuk KabusFenomena yang menakjubkan dirakam oleh seorang pemandu helikopter di Florida dimana kabus sejuk yang datang dari arah laut ini telah membentuk seperti ombak. Ia telah mewujudkan suasana seolah-olah bangunan-bangunan terse… Read More
  • Misteri Awan Tegak Sebelum Gempa Jepun Banyak yang melaporkan melihat awan tegak sebelum terjadi gempa, seperti Gempa / Tsunami Aceh, Gempa Yogyakarta. Kali ini, gempa jepun juga (diduga) ditandai dengan adanya awan tegak, walaupun lokasinya sangat jauh. Awan … Read More
  • Sarang Labah-Labah Pelik Terbesar Di DuniaBeberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut. I… Read More

0 comments:

Post a Comment