28 January 2012

Bangunan runtuh: Harapan temui mangsa selamat tipis


RIO DE JANEIRO 28 Jan. - Pihak berkuasa berkata, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat dalam insiden bangunan runtuh di bandar raya ini amat tipis, ketika angka korban meningkat kepada 17 orang dan 22 lagi masih hilang.

Dua hari selepas bangunan pejabat setinggi 20, 10 dan empat tingkat itu runtuh, sebanyak 17 mayat telah ditemui setakat ini yang kebanyakannya dikeluarkan semalam dari runtuhan.

"Kami tidak lagi menjangka akan menemui mangsa yang terselamat," kata Setiausaha Negara bagi Pertahanan Awam, Sergio Simoes sambil menyatakan kesemua mayat yang ditemui mengalami kecederaan teruk.

Kebanyakan mangsa yang hilang dipercayai berada di bilik darjah di tingkat enam bangunan 20 tingkat Liberdade, lokasi sebuah syarikat komputer memberi kursus latihan ketika kejadian.

"Kami menjangkakan menemui sejumlah mayat di tempat itu," kata Simoes.

Asap tebal masih menyelubungi kawasan runtuhan kerana kebakaran masih berlaku di kawasan yang tidak dapat dihampiri oleh pasukan bomba.

Operasi mencari dijangka akan ditamatkan esok bagi 'mengurangkan penderitaan keluarga mangsa', menurut Kolonel Ronaldo Alcantara dari jabatan bomba bandar.

Hampir 400 orang terlibat dalam operasi mencari, termasuk kontinjen yang dihantar ke Haiti ketika bencana gempa bumi di negara itu dua tahun lalu. - AFP

Related Posts:

  • Karier Mourinho mula terancam MOURINHO kini berdepan dengan tekanan daripada majikannya yang mahu Real menjuarai Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini. SEPANYOL - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho harus memenangi trofi Liga Juara-Juar… Read More
  • Liverpool lontar amaran KAPTEN, Steven Gerrard (kiri) dan rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan Liverpool mara ke final Piala Liga selepas menyingkirkan City kelmarin. LONDON - Penyerang Liverpool, Dirk Kuyt melaungkan amaran bahawa Manche… Read More
  • Ketua Polis New York digesa letak jawatan NEW YORK - Kumpulan hak awam orang Islam di Amerika Syarikat (AS), kelmarin menggesa Pesu… Read More
  • Ivory Coast isi slot suku akhir KALOU (tengah) bersama rakan-rakan sepasukan meraikan jaringannya ketika menentang Burkina Faso 2-0 di Franceville kelmarin. LIBREVILLE - Ivory Coast kini berada di landasan terbaik bagi meraih gelaran kedua selaku juara K… Read More
  • Rahsia Ramuan KFC Terbongkar!! NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kom… Read More

0 comments:

Post a Comment