28 January 2012

Kahwin sejenis: Lagi pihak bantah


LONDON 28 Jan. - Paderi kedua di Church of England, Dr. John Sentamu membantah sekeras-kerasnya cadangan Perdana Menteri, David Cameron membenarkan perkahwinan sejenis dengan menyatakan pemimpin itu sebagai 'diktator' sekiranya beliau meluluskannya.

Beliau yang juga Ketua Paderi York berkata, maksud perkahwinan perlu dikekalkan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan wanita.

Dalam wawancara bersama akhbar Daily Telegraph, Sentamu berkata, hukum dan tradisi perkahwinan telah ditetapkan sejak sekian lama dan kerajaan tidak boleh mengubahnya.

"Bukan peranan kerajaan untuk menentukan maksud sebenar perkahwinan. Perkahwinan telah ditetapkan mengikut tradisi dan sejarah. Anda tidak boleh mengubahnya walaupun mempunyai kuasa (pangkat) yang besar.

"Kita telah menyaksikan diktator-diktator sebelum ini melakukannya dalam konteks yang berbeza dan saya tidak mahu untuk mentakrifkan semula struktur sosial yang sangat jelas dan wujud sejak sekian lama," katanya.

Cameron yang juga ketua Parti Konservatif turut dijangka menghadapi 'pemberontakan' terbesar daripada Ahli Parlimen parti itu yang membantah rancangan beliau untuk membenarkan perkahwinan sejenis di sisi undang-undang.

Ahli Parlimen Konservatif mengancam untuk memprotes rancangan kerajaan campuran Konservatif-Demokrat Liberal bagi memansuhkan pengharaman ke atas perkahwinan sivil melibatkan pasangan gay dan lesbian.

Penentang rancangan itu mendakwa lebih 100 anggota Parlimen Konservatif dijangka menentang usul membenarkan perkahwinan sejenis walaupun anggota dewan akan digalakkan supaya menyokong rancangan Perdana Menteri itu, menurut akhbar Independentbaru-baru ini. - AGENSI

Related Posts:

  • 'Bagaikan mimpi' Nadal  MELBOURNE: Rafael Nadal berkata, ia ibarat 'mimpi' apabila menempah tempat ke final Terbuka Australia selepas ditimpa kecederaan sebelum kejohanan yang hampir menyebabkan dia menangis di bilik hotelnya.… Read More
  • Arab Saudi iktiraf SNC  SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs. Badan pembangkang dianggap perwakilan sah rakyat Syria BANDAR K… Read More
  • 'Beri layanan baik untuk United' 2012/01/28 LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard meminta peminat kelab itu berkelakuan elok ketika kunjungan Manchester United ke Anfield bagi pertembungan Piala FA, hari ini. Pusingan keempat itu bakal di… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • PBB terima kokain 16 kilogramDadah dari Mexico dihantar guna beg diplomatik palsu tanpa alamat NEW YORK: Bungkusan kokain seberat 16 kilogram untuk jualan pengedar dadah Mexico sampai ke tempat yang tidak sepatutnya iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber… Read More

0 comments:

Post a Comment