28 January 2012

Lelaki temui mayat bayi perempuan


SUBANG JAYA 28 Jan. - Seorang lelaki yang memancing ikan bersendirian terkejut apabila mendapati lembaga kecil yang tersembunyi di sebalik batu dan pasir di tepi sebuah sungai di Kampung Sri Aman, Bukit Puchong dekat sini hari ini adalah mayat seorang bayi perempuan.

Bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai telah dihanyutkan dari hulu Sungai Klang sebelum ditemui dalam keadaan berbogel oleh lelaki tersebut kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki yang terkejut dengan insiden itu segera membuat laporan polis mengenai penemuan mayat bayi itu.

"Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati bayi itu telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui di tepi sungai terbabit.

"Tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi yang berkulit cerah itu, namun terdapat beberapa kesan dipercayai kerana gigitan ikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya masih menyiasat sama ada bayi itu dilahirkan cukup bulan atau tidak, selain masih mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," ujarnya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts:

  • Bapa serbu anak di hotelKUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.Malah, remaja bawah umur itu turut me… Read More
  • Dituduh cuba bunuh kekasihAMPANG: Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut mangsa, minggu lalu. Osleh Osman, 20, mengaku tidak bersalah di hadapan … Read More
  • ‘Saya tak buat’SEREMBAN: “Saya tak buat”. Demikian kata bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan yang mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat tuduhan berkaitan pemalsuan dokumen kenaikan gred… Read More
  • Cium kaki minta maafSHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya… Read More
  • 5 bulan simpan mayat bapa kerana wangLONDON: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati. Christopher Blackburn, 28, dita… Read More

0 comments:

Post a Comment