28 January 2012

Saintis Russia kesan makhluk jengking di Kejora


MOSCOW: Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu. 

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.


“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Kejora kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang dipetik akhbar Daily Mail.

Suhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius dan permukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera. 

Saintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan. 

Beliau berkata ada kemungkinan banyak air di Kejora dan ada banyak karbon dioksida di Bumi. 


Suatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun. 
Bagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan. 

Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan. 

Seorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora. 



“Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya. 

Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora. 

“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu. - Agensi 

Related Posts:

  • Tukar kerja jadi pelacur dalam hadapi krisis ekonomi di ASSebahagian daripada warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memilih jalan pelacuran untuk menyelamatkan diri dari kesulitan ekonomi kerana politik ekonomi Presiden Barack Obama tidak boleh dipercayai. Rusia Today, menyebutkan… Read More
  • Ikhwan Muslimin bentuk parti di LibyaBergabung politik setelah puluhan tahun penindasan di bawah rejim Muammar Gaddafi, Ikhwanul Muslimin Libya telah membentuk parti politik baru, Middle East Online melaporkan sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net. "Kami bert… Read More
  • Jordan sedang siapkan kem untuk pelarian SyriaPada Ahad yang lalu sebuah kerajaan Jordan mengatakan bahawa pihaknya sedang membina sebuah kem untuk para pelarian Syria di bahagian utara Kerajaan Arab itu, kata agensi berita yang dikendalikan negara, Petra. Jurucakap Kem… Read More
  • Jutawan Amerika masuk islamFIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidaya… Read More
  • Taliban bunuh tentera NATO dengan peluntur pakaianPejuang Taliban berjaya memasukan racun di dalam makanan pasukan tentera NATO di Afghanistan dengan "peluntur pakaian". Menurut tuntutan Taliban, mereka telah membunuh lima orang dengan cara mencampurkan racun ke dalam makana… Read More

0 comments:

Post a Comment