25 January 2012

Rancang serang Iran

Rancang serang Iran
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dikatakan sedang dalam persediaan mengeluarkan perintah serangan ketenteraan terhadap Iran, jika sekatan kejuruteraan Washington gagal menghentikan program nuklear Tehran.

“Obama pasti mampu mengarahkan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran,” jelas Senator AS, Joe Lieberman dalam satu temu bual bersama agensi berita The Cable, Jumaat lalu.

Jelas Lieberman, tidak dipastikan sama ada Obama akan mengisytiharkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, walaupun sekatan kejuruteraan tidak bekerja, tetapi beliau yakin Presiden AS itu mampu dan bersedia berbuat demikian.

AS, Israel dan sekutunya kini menuduh Iran masih meneruskan program nuklear ketenteraan dan menjadikan dakwaan itu sebagai alasan untuk meyakinkan Majlis Kese­lamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sempat sekatan ke atas Iran.

Malam tahun baru lalu, dalam usaha menyekat syarikat asing dan bank yang menjalankan perniagaan dengan institusi kewangan Iran, Obama bertindak menandatangani undang-undang sekatan ekonomi terhadap Bank Negara Iran.

Selain disekat secara berterusan oleh Kesatuan Eropah, Tehran juga diancam Washing­ton dan Tel Aviv yang mahu menggunakan senjata nuklear dengan memberi pilihan serangan ketenteraan.

Related Posts:

  • Britain selar kawasan penempatan Israel Nick Clegg LONDON: Britain menyelar pembinaan kawasan penempatan Israel dengan melabelkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan’ bagi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin dan memberi amaran bahawa masa se… Read More
  • ‘Servis penghantar susu ibu’ SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam. Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat… Read More
  • Pakistan tolak lawatan Duta AS Hubungan Islamabad, Washington terus tegang sejak serangan NATO ISLAMABAD: Pakistan menolak permohonan duta khas Amerika, Marc Grossman untuk melawat negara itu, kata seorang pegawai kanan semalam meningkatkan lagi … Read More
  • Penggodam Israel balas dendam serangan Arab SaudiRIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber. Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham … Read More
  • Iran kirim RQ-170 ke Rumah PutihTEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washingto… Read More

0 comments:

Post a Comment