17 January 2012

Duda, ibu mengandung khalwat

Duda, ibu mengandung khalwat
AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.

“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya.

Related Posts:

  • Guru bimbang ugutan bunuh ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonan… Read More
  • Mayat hampir reput ditemui KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir re… Read More
  • Dua remaja 16 tahun direman PASIR MAS – Dua remaja lelaki ditahan, bagi membantu pihak polis berhubung kes simbah asid ke atas seorang duda di Kampung Tendong, Sabtu lalu. Ketua Polis Dae… Read More
  • Menteri Besar dakwa golongan pemuda Melayu pemalasKOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemuda Melayu negara ini pemalas hasil didikan Umno yang menolak ajaran Islam dalam kehidupan harian sehingga melupakan akhirat. Menurutnya, sudah tiba masa… Read More
  • Bekas mufti Kelantan meninggal dunia akibat angin ahmar KOTA BHARU - Bekas Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mat Hassan, 76, yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lepas, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Banggol di sini, hari ini. Allahyarham yang berkhidmat s… Read More

0 comments:

Post a Comment