17 January 2012

Bekas pemain hoki ke penjara

Bekas pemain hoki ke penjara
AYER KEROH - Dua sahabat termasuk seorang bekas pemain hoki Negeri Sembilan terpaksa meringkuk dalam penjara selama empat tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana mereka didapati bersalah menyamun pelbagai barang termasuk wang tunai RM8,500, tiga tahun lalu.

Pemain hoki peringkat negeri, K G Chandrasegaran, 23, dan rakannya, B R Vikneshwaran, 22, dari Gemencheh, Negeri Sembilan membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didapati merompak wang tunai RM8,500, sebuah telefon bimbit jenama Nokia dan seutas rantai emas, milik Ang Kim Huar, 58, di sebuah rumah kongsi Pusat Pengumpulan Kelapa Sawit Hutan Percha, Alor Gajah kira-kira jam 1.50 petang, pada 6 Ogos 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili T Samidurai memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kerana mereka masih muda ketika kejadian.

“Selain kesalahan kali pertama, mereka adalah anak sulung daripada keluarga miskin dan tinggal bersama ibu masing-masing yang juga ibu tunggal.

“Mereka juga pernah mewakili negeri (K G Chandrasegaran) dan sekolah (B R Vikneshwaran) untuk permainan hoki. Kedua-duanya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berat kerana tertuduh menyamun warga emas hingga mendatangkan kecederaan.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap kedua-dua tertuduh bermula semalam.

Related Posts:

  • Helah lama tauke degilKUALA LUMPUR: Segelintir pengusaha restoran bukan Islam di ibu kota masih berdegil dengan menggantung ayat al-Quran dan menggunakan sijil halal palsu di premis mereka bagi menarik pelanggan, khususnya beragama Islam. Mal… Read More
  • Datuk akur 4 tuduhanKUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM110,000 terhadap ahli lembaga pengarah koperasi yang juga seorang Datuk atas tuduhan menjalankan koperasi tanpa lesen dan perniagaan bercirikan ski… Read More
  • Simbah air panasKUALA LUMPUR: Tidak tahan mendengar leteran, seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak kejam apabila mencurahkan air panas terhadap adiknya dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, tengah hari kelmarin.… Read More
  • Pegawai polis dijel sehariSHAH ALAM: Seorang pegawai polis dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan kerja pemb… Read More
  • Culik, bunuhJOHOR BAHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura di bandar raya ini, November lalu. S Periasamy, 36, dituduh de… Read More

0 comments:

Post a Comment