28 January 2012

26 motosikal musnah dibakar


SEBANYAK 26 buah motosikal dan sebuah teksi dibakar dalam satu kejadian di Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam. - IHSAN SINAR HARIAN


PETALING JAYA 28 Jan. - Angkara membalas dendam antara dua kumpulan, penduduk di Apartmen Desa Mentari di sini menjadi mangsa apabila 26 motosikal dan sebuah teksi milik mereka musnah dibakar sekumpulan lelaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada tindakan sekumpulan lelaki membaling botol berisi petrol.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, katanya, kesemua suspek datang ke perumahan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan dan disedari penduduk.

"Sebaik sahaja api dipadamkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dipanggil bagi menyiasat punca kebakaran.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian bermotifkan balas dendam dan pergaduhan di antara dua kumpulan," katanya di sini hari ini.

Tambah Arjunadi, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan disyaki terlibat dalam kejadian itu dan siasatan mendapati ada antaranya mempunyai rekod jenayah.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Mangsa, K. Elumalai, 44, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga sedang nyenyak tidur namun tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan penduduk.

"Penghuni lain yang tidur ketika itu juga terjaga apabila mendengar jeritan orang ramai. Mereka kemudian turun untuk melihat apa yang berlaku.

"Namun, sebaik sahaja tiba mereka terkejut apabila menyedari terdapat kenderaan terbakar lalu memaklumkan kepada pihak polis serta pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Dalam kejadian itu, dua buah motosikal milik saya dan isteri hangus terbakar," katanya.

Related Posts:

  • Perkosa wanita balik bersawahKENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di … Read More
  • Pensyarah Minta Tubuh Pelajar Untuk Lulus KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam… Read More
  • pengguna internet perlu berhati-hatiPelayar siber mudah jadi mangsa penipuan jika dedah maklumat peribadi IPOH: Sikap pengguna internet yang kurang berhati-hati, tamak, mudah percaya terhadap apa yang dipaparkan di internet serta suka memaparkan segala mak… Read More
  • 14 GRO asing ditahanKUALA LUMPUR - Polis menahan 14 orang wanita pelayan pelanggan (GRO) asing dan dua lelaki tempatan di tiga buah rumah urut di dalam serbuan di Jalan Radin Anum, Sri Petaling di sini malam semalam. Ketua Unit Maksiat Cawanga… Read More
  • Bapa kejam AYER KEROH - Seorang bapa sanggup bertindak kejam, m… Read More

0 comments:

Post a Comment