17 January 2012

Tentera Korea Utara terlalu berkuasa - Jong-nam


Gambar yang diambil oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 1 Januari lalu merakamkan Kim Jong-Un (tengah) diberi sambutan oleh tentera daripada division kereta kebal Korea Utara di satu tempat yang tidak dikenal pasti. - AFP



TOKYO 17 Jan. - Abang sulung kepada pemimpin baru Korea Utara, Kim Jong-un mendakwa pembaharuan yang diperlukan bagi mencegah keruntuhan ekonomi negara itu akan membawa kepada kejatuhan rejim komunisnya.

Kim Jong-nam, abang Kim Jong-un berlainan ibu, berkata, tentera Pyongyang sudah menjadi begitu berkuasa dan akan campur tangan serta merampas kuasa sekiranya rejim baru itu gagal.

Jong-un mengambil alih teraju pimpinan Korea Utara berikutan kematian bapanya, Kim Jong-il pada bulan lalu.

Kenyataan abangnya itu terkandung dalam sebuah buku tulisan Yoji Gomi, seorang wartawan Jepun yang mendakwa beliau menjalin hubungan erat dengan Jong-nam selepas mereka bertemu di Beijing pada 2004.
Jong-Nam menyifatkan Korea Utara sebagai sangat tidak stabil, dalam wawancara dengan Gomi di wilayah Macau, China pada tahun lepas.

"Bapa saya memerintah negara dengan sokongan tentera tetapi kuasa tentera sudah menjadi terlalu besar, dan sekiranya peralihan pemerintahan berakhir dengan kegagalan, tentera sudah pasti akan menggunakan kuasa sebenar," katanya dalam bahasa Korea.

Dalam buku itu, Jong-nam berkata, ekonomi Korea Utara yang bermasalah dan dikawal oleh kerajaan menimbulkan dilema bagi rejim di Pyongyang.

"Sudah jelas ekonomi akan runtuh tanpa pembaharuan, tetapi pembaharuan akan menyebabkan krisis keruntuhan rejim," kata Jong-nam dalam wawancara panjang lebar sebelum kematian bapanya pada 17 Disember lalu.

Beliau juga mendakwa adiknya yang tidak berpengalaman itu dijangka sekadar menjadi simbol yang diperalatkan oleh elit pemerintah untuk mengukuhkan cengkaman ke atas kuasa.

"Sesiapa yang berfikiran waras akan mendapati sukar untuk menerima pewarisan kuasa melibatkan tiga generasi.

"Saya mempersoalkan bagaimana pewaris muda dengan hanya dua tahun persiapan sebagai pengganti mampu mewarisi kuasa mutlak," katanya kepada Gomi. - AFP

Related Posts:

  • Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari P… Read More
  • Iraq berang AS tak minta izin WASHINGTON: Iraq menyuarakan kemarahan terhadap Amerika Syarikat kerana membuat keputusan menggunakan beberapa pesawat kawalan jauh kecil bagi melindungi kedutaan, konsulat dan kakitangannya di negara itu tanpa meminta keben… Read More
  • 4 balik majlis pengebumian maut PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFPPATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diseran… Read More
  • Jepun terus cari mangsa tsunami ISHINOMAKI: Pengawal Pantai terus lalu di kawasan perairan teruk dilanda tsunami di Jepun membabitkan lokasi yang menyaksikan beratus-ratus malah beribu-ribu mangsa dihanyutkan laut.  Walaupun dilakukan setiap hari, Yos… Read More
  • Larian paling mencabar di dunia SEJUMLAH orang menyaksikan peserta menyertai larian paling mencabar di dunia di Perton kelmarin.PERTON, England - Seramai 6,000 orang menyertai larian paling mencabar di dunia di sini kelmarin dengan peserta dikehendaki mena… Read More

0 comments:

Post a Comment