28 January 2012

‘Sudah-sudahlah’

SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.
SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam. 
 
AMPANG: “Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini,” kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.

Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.

“Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

“Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu,” katanya yang berasal dari Gombak, di sini.

Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi ‘mengunci mulut’ ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.

Related Posts:

  • Hilang sabar kerenah AzwanKUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twittern… Read More
  • 5 hari masih tak cukupKUALA LUMPUR: Peniaga Uptown Danau Kota, di sini, mendakwa kebenaran untuk berniaga lima hari seminggu yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan keuntungan kerana rat… Read More
  • Enam suspek pecah rumah dicekup KAJANG - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita y… Read More
  • Kaki berlipat hingga mukaGEORGETOWN: Mayat seorang pekerja kontrak ditemui dalam keadaan kakinya berlipat hingga ke muka selepas dihempap dinding konkrit pondok pengawal yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan di Sungai Ara, Bayan Lepas, d… Read More
  • Duit susu beli dadah SENGSARA...Ina bersama anaknya yang kini hidup tertekan. JOHOR BAHRU: “Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah. “Keadaan men… Read More

0 comments:

Post a Comment