20 January 2012

'Saksi berniat jahat'

'Saksi berniat jahat'
SUBANG - Pelakon, Abdul Razak Ahmad, mendakwa penangkapannya pada malam dia dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan di sebuah pangsapuri, tujuh tahun lalu, adalah suatu perangkap dan berniat jahat.

Menurutnya, dia ke premis yang dijadikan tempat menyimpan pakaian tajaan Selamah Sahudin adalah semata-mata untuk mencuba dan mengambil baju tajaan.

“Selamah adalah isteri kepada saksi pertama. Perbuatan tidak bermoral antara saya dan Selamah diada-adakan.

“Jelas semasa tangkapan, perbuatan (tidak bermoral) itu tidak wujud antara saya dan isterinya,” katanya dalam hujahan akhir pembelaan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini, semalam.

Mahkamah memberi pilihan kepada Razak sama ada mahu membaca hujahan sendiri atau hadir bersama peguam pada tarikh lain dan Razak memilih untuk membacakan hujahan sendiri.
Razak, 45, yang sinonim dengan watak orang baik-baik itu, didakwa berkhalwat dengan Selamah di sebuah pangsapuri di Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selamah sudah pun mengaku bersalah atas tuduhan itu dan dihukum denda RM2,850.

Menurut Razak, dia ke premis Selamah pada pagi itu kerana dia mempunyai penggambaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program 60 Jam Siaran Tanpa Henti RTM.
Sebelum itu, kedatangan Razak ke mahkamah tanpa peguam ditegur Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, yang menyatakan sepatutnya peguam mendahulukan kes Razak kerana sudah berlarutan terlalu lama.
Wan Mahyuddin menetapkan 1 Mac depan untuk pihak pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli, membalas hujahan dan meminta semua pihak memberi kerjasama untuk mempercepatkan kes berkenaan kerana kes itu sudah lama, iaitu sejak 2006.

Related Posts:

  • Pensyarah Minta Tubuh Pelajar Untuk Lulus KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam… Read More
  • Perkosa wanita balik bersawahKENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di … Read More
  • Mayat Bayi Dijumpai Di Bilik Air Kolej SwastaKOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai ol… Read More
  • 14 GRO asing ditahanKUALA LUMPUR - Polis menahan 14 orang wanita pelayan pelanggan (GRO) asing dan dua lelaki tempatan di tiga buah rumah urut di dalam serbuan di Jalan Radin Anum, Sri Petaling di sini malam semalam. Ketua Unit Maksiat Cawanga… Read More
  • Dicabul dalam kelasARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mere… Read More

0 comments:

Post a Comment