|
Puteri Charlotte Casiraghi |
Katanya, saman itu akan difailkan di sebuah mahkamah di Paris, hari ini.
Puteri Casiraghi adalah antara kerabat diraja yang terkenal dan sering menjadi perhatian pihak media.
Ketika berusia 16 tahun, Puteri Casiraghi menduduki tempat kesepuluh dalam senarai wanita muda paling berpenampilan di dunia.
Majalah fesyen, Vanity Fair turut memilih Casiraghi sebagai antara selebriti berpakaian cantik di peringkat antarabangsa pada 2006.
Casiraghi juga pernah menjadi penghias muka depan majalah Vogue Paris pada September lalu.
Dia turut diundang ke beberapa majlis termasuk pertunjukkan fesyen, pameran seni dan acara menunggang kuda.
Puteri Casiraghi juga dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya Alex Dellal pada bulan lalu.
Dia pernah membawa bekas teman lelakinya itu yang merupakan anak kepada Guy Dellal, seorang jutawan harta tanah, menghadiri majlis perkahwinan bapa saudaranya Putera Albert dan Puteri Charlene pada Julai tahun lalu. – AGENSI
0 comments:
Post a Comment