28 January 2012

Kelantan terus kuasai liga



Penyerang import Kelantan, Mohd. Ghaddar cuba melepasi benteng pertahanan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.



KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mengekalkan penguasaan tangga teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Ketiga-tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46, Mohd. Badhri Radzi pada minit ke-72 dan Dennis Antwi pada minit ke-79.
Kemenangan semalam memastikan Kelantan kekal pada puncak liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan.

Pencabar terdekat, Terengganu juga garang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut apabila jaringan tunggal Francis Forkey Doe pada minit ke-77 membantu skuad Penyu menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Jalan Besar.

Selangor pula menamatkan badi empat kekalahan ke atas T-Team pada musim lalu apabila menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Red Giants mendahului pada minit ke-35 hasil sepakan penalti Ramez Dayoub namun Zairo Anuar Zailani bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Azidan Sarudin muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-77.

Kedah bertambah derita apabila tewas buat kali ketiga, 1-3 kepada Johor FC di Stadium Darul Aman.
Azi Shahril Azmi menjaringkan gol pertama Johor FC pada minit ke-45.

Skuad Lebah menambah dua lagi jaringan melalui Riduwan Ma'on pada minit ke-64 dan Muhd. Kaironnisam Sahabudin Hussain enam minit kemudian sebelum Khyril Muhymeen memberikan gol saguhati buat Kedah pada minit ke-81.

Di Stadium Negeri, Kuching Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 dengan Zamri Morshidi memastikan skuad Rusa pulang hampa apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-86.
Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-45 melalui Ahmad Shakir Ali namun disamakan oleh Kalle Sone menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.

Shakir Ali sekali lagi meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada minit ke-82 namun Zamri memastikan kegembiraan pelawat hanya kekal seminit apabila dia meledakkan gol penyamaan.

Di Stadium Hang Jebat, Perak terus mengikuti rapat kedudukan Kelantan dan Terengganu apabila menang tipis 2-1 dengan Felda United.

Related Posts:

  • Jepun membenam Malaysia 4-0 Pemain Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyekat gerakan pemain Jepun, Genki Haraguchi pada perlawanan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. KUALA LUMPUR - Jepun mengotakan janjinya untuk menang… Read More
  • [Video] Atlet Judo Mesir tak sudi nak bersalam dengan Judo IsraelRamadhan Duwaisy, seorang atlet Judo dari Mesir bertanding melawan judoka dari Israel. Ramadhan tidak sudi bersalaman dengan atlet Israel itu dan ini menyebabkan ia diprotes oleh negara zionis itu. Akhirnya Ramadhan berjaya … Read More
  • Arsenal mahu kekal No. 3 KOSCIELNY (dua dari kiri) berharap rakan-rakan sepasukannya mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha Arsenal memburu tangga ketiga Liga Perdana England musim ini. LONDON - Arsenal berhasrat untuk mengukuhkan kedud… Read More
  • Bekas pemain Sepanyol bakal menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu RM49 juta setahun GUARDIOLA bakal menerima gaji RM49 juta setahun jika bersetuju membimbing Chelsea. LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedia menawarkan kontrak selama empat tahun kepada jurulatih Barcelona, Pep Guardiola unt… Read More
  • Shahidan nafi 'tutup mata' PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan beliau bersifat 'tutup mata' dalam mengendalikan isu berkaitan Karim Ibrahim kerana mulutnya dikunci timbalannya dalam persatuan itu. S… Read More

0 comments:

Post a Comment