28 January 2012

Dua Siti Amira kongsi rahsia peroleh pangkat Mumtaz Sofi



Siti Amira Zainal Abidin (kiri) dan Siti Amira Sadali menunjukkan sijil keputusan STAM di Dewan Maahad Johor, Johor Bahru, semalam.



JOHOR BAHRU 26 Jan. - Dua pelajar Maahad Johor yang berkongsi nama yang sama menjadi kebanggaan sekolah tersebut apabila memperoleh pangkat Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 yang keputusannya diumumkan hari ini.

Siti Amira Zainal Abidin dan Siti Amira Sadali masing-masing tidak menyangka akan mendapat gred Mumtaz bagi kesemua 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Oktober lalu itu dan menyertai lapan lagi pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz Sofi.

Bagi Siti Amira Zainal Abidin yang berasal dari Layang-Layang, Kluang, kejayaan itu adalah berkat kegigihan dan tumpuan yang diberikan di dalam kelas selain teknik pembelajaran berkumpulan serta kepatuhan terhadap guru yang mengajar.

"Perkara yang paling penting sekali adalah menjaga hubungan Allah, ibu bapa dan rakan-rakan. Insya-Allah saya mahu mencapai cita-cita untuk menjadi perunding ekonomi Islam.

"Setakat ini saya dalam perancangan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di Universiti Yarmouk, Jordan," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil keputusan STAM di Dewan Maahad Johor di sini hari ini.

Siti Amira Sadali pula ketika ditemui berkata, dia masih terkejut dengan keputusan yang diterima dan bersyukur ke hadrat Allah atas kejayaan yang diperoleh.

Anak kepada pemandu lori yang berasal dari Parit Yani, Batu Pahat itu berkata, sebenarnya tiada rahsia atau resipi istimewa kecuali belajar seperti biasa dengan tumpuan penuh di dalam kelas dan mengulang kaji dengan banyak.

"Pesan saya kepada pelajar Maahad Johor yang bakal menduduki STAM tahun ini, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan ingat bahawa ibu bapa anda menghantar anda ke sini untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, Pengetua Maahad Johor, Anoar Sarimin berkata, peratusan lulus sebanyak 69.6 yang menunjukkan trend penurunan sejak 2006, bukan disebabkan oleh kualiti pelajar semakin merosot tetapi penilaian ketat dalam peperiksaan STAM tahun demi tahun.

Jelasnya, seramai 33 daripada sejumlah 438 calon STAM 2011 menerima pangkat Mumtaz termasuk Mumtaz Sofi, Jayyid Jiddan (58), Jayyid (114), Maqbul (100) dan bakinya Rasib.

"Mereka yang gagal bukan bermakna gagal semua mata pelajaran tetapi hanya satu atau dua daripadanya dan boleh menduduki semula subjek terbabit," katanya.

Related Posts:

  • Biodata Ringkas Imam Syafie Pengasas Mazhab Syafie Gambar Hiasan: Ajaran Imam Syafie memimpin jutaan umat Islam masa kini Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Q… Read More
  • Kisah Jin Yand Patut Anda Tahu KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghor… Read More
  • Subhanallah! 30 Keajaiban Ciptaan Allah pada Badan Kita 1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling bes… Read More
  • Rahsia Formula Pemakanan Genius Islam Formula pemakanan genius – genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka . Formula ini terpendam di dalam kitab – kitab tradisional dalam bahasa Arab.Kajian Saintifik telah membuktikan kebenara… Read More
  • Saintis Temui Bahagian Jahat Dalam Otak Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalu… Read More

0 comments:

Post a Comment