28 January 2012

Van der Vaart julang Spurs

LONDON: Harry Redknapp berada di bangku pemain simpanan Tottenham ketika pasukan Liga Perdana Inggeris itu mengatasi Watford 1-0 untuk layak ke pusingan kelima Piala FA, awal pagi semalam.

Pemain tengah Spurs, Rafael van der Vaart menjaringkan gol tunggal di Vicarage Road ketika Redknapp mampu tersenyum selepas minggu yang menyaksikannya berada di kandang tertuduh di mahkamah London kerana didakwa mengelak membayar cukai.

Spurs, kecundang 2-3 di tangan Manchester City pada perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana, membayangkan mereka serius untuk menjulang Piala FA selepas membariskan skuad terkuat bagi perlawanan pusingan keempat itu.

Namun Redknapp mengaku Spurs agak bernasib baik untuk mara selepas persembahan hambar yang menyaksikan pasukannya didominasi lawan dalam tempoh yang lama.

“Mereka berkata lebih baik bernasib baik daripada bertindak bagus. Dan malam ini kami bernasib baik. Kami tidak bagus,” kata Redknapp.

“Kami tidak beraksi bagus malam ini, persembahan kami mengecewakan. Sukar untuk dipercayai. Tapi pujian buat Watford, mereka fantastik. Kami bergantung kepada nasib dan kami berjaya melepasinya.” - AFP

Related Posts:

  • United tersingkir LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke kelompok 16 pasuk… Read More
  • Kelantan terus kuasai liga Penyerang import Kelantan, Mohd. Ghaddar cuba melepasi benteng pertahanan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam. KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mengekalkan penguasaan tangga… Read More
  • Kelantan kukuh cengkaman Liga Super KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perakapabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi. Dengan kemena… Read More
  • Jurulatih sementara Kedah letak jawatan serta-merta ALOR SETAR - Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan ken… Read More
  • Kelantan berkuasa PEMAIN import T-Team, Zacharia Simukonda melepasi halangan pertahanan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.Terengganu pula aibkan Singa di kandang sendiriPENYANDANG juara,… Read More

0 comments:

Post a Comment