28 January 2012

Djokovic ada kelas

MELBOURNE: Pemain Serbia, Novak Djokovic berpeluang merangkul gelaran Grand Slam keempat dan mengekalkan penguasaannya bagi kategori perseorangan lelaki, namun dengan tekad membalas dendam, Rafael Nadal pasti berusaha merebut kejuaraan Terbuka Australia, hari ini.

Djokovic merampas status pemain nombor satu dunia selepas mengalahkan Nadal pada final Wimbledon tahun lalu dan menundukkan pemain Sepanyol itu sekali lagi pada akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Dua trofi itu adalah antara enam kemenangan berturut-turut ke atas Nadal, semuanya di final dalam satu daripada pencapaian terhebat dalam sejarah tenis, termasuk muncul juara Terbuka Australia, Wimbledon dan AS.

Juara bertahan yang layak ke final di Melbourne selepas bertarung lima set dengan pemain Britain, Andy Murray kelmarin, menjangkakan satu lagi perlawanan sukar menentang pilihan kedua Nadal.

“Saya perlu memulihkan kecergasan dan mempamerkan aksi terbaik kerana Rafa amat cergas dan bermain dengan bagus. Dia rehat lebih sehari dan pastinya mahu memenangi kejuaraan ini,” kata Djokovic.

Bintang berusia 24 tahun yang memburu kejuaraan ketiga Terbuka Australia selepas menang pada 2008 dan 2011, selain kejuaraan Grand Slam peribadi kelima mengaku dia mungkin memiliki kelebihan ke atas pemenang 10 kejuaraan utama itu selepas rekod menakjubkan menentang musuhnya itu tahun lalu.

“Saya mungkin memiliki kelebihan mental kerana menang enam final tahun lalu dan meraih banyak kejayaan ke atasnya,” katanya.

“Namun, ini adalah tahun baru, satu cabaran baru dan situasi pasti berbeza. Seperti yang saya katakan, dia memiliki rehat lebih sehari untuk pulih dan bersedia menghadapi final.” Djokovic menganggap kebangkitan Nadal selepas ketinggalan satu set sebelum menundukkan Roger Federer pada separuh akhir sebagai satu usaha mengagumkan.

“Itulah sebabnya dia seorang juara dan salah seorang pemain terbaik dalam sukan ini. Dia tidak pernah putus asa dan memiliki semangat juang tinggi selain mempunyai terlalu sedikit kelemahan,” kata pilihan utama itu.

Nadal, 25, mengalami kecederaan lutut kanan menjelang kejohanan ini tapi selepas rawatan, dia pulih dan mempamerkan permainan menakjubkan di Melbourne, terutama ketika menewaskan Federer. - AFP

Related Posts:

  • Mampukah Selangor? TEKA-TEKI sama ada Selangor mampu mengakhiri ‘badi’ empat kekalahan berturut-turut kepada T-Team bakal terjawab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini. Sebagai rekod, skuad bimbingan I… Read More
  • Tekad benam Bahrain KHAIRUL FAHMI akan menyertai latihan skuad Harimau Muda esok. DALAM tempoh beberapa hari sahaja lagi, skuad Olimpik negara bakal membuat perhitungan semula dengan Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpul… Read More
  • 'Beri layanan baik untuk United' 2012/01/28 LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard meminta peminat kelab itu berkelakuan elok ketika kunjungan Manchester United ke Anfield bagi pertembungan Piala FA, hari ini. Pusingan keempat itu bakal di… Read More
  • 'Bagaikan mimpi' Nadal  MELBOURNE: Rafael Nadal berkata, ia ibarat 'mimpi' apabila menempah tempat ke final Terbuka Australia selepas ditimpa kecederaan sebelum kejohanan yang hampir menyebabkan dia menangis di bilik hotelnya.… Read More
  • Laluan 'maut' nanti pemain badmintonGalas tugas Piala Thomas, Piala Uber LALUAN berduri seakan-akan sudah membayangi skuad negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari apabila tidak diletakkan antara empat pasuk… Read More

0 comments:

Post a Comment