28 January 2012

Murid Tahun Enam antara 30 disaman



SEBAHAGIAN daripada 30 penunggang motosikal yang disaman di Kulaijaya, semalam.
SEBAHAGIAN daripada 30 penunggang motosikal yang disaman di Kulaijaya, semalam.
KULAIJAYA: Tindakan dua murid Tahun Enam menunggang motosikal sejauh 40 kilometer, dari Pontian ke Pekan Kelapa Sawit, di sini kononnya untuk membeli alat ganti, menerima padah apabila masing-masing disaman, manakala kenderaan mereka disita polis trafik, pagi semalam.

Dua kanak-kanak terbabit adalah antara 30 penunggang motosikal yang disaman manakala kenderaan mereka disita dalam operasi Polis Trafik Kulaijaya, bermula jam 9 pagi semalam.
Dalam operasi selama tiga jam itu, dua murid terbabit, bersama seorang pelajar Tingkatan Satu yang membonceng, turut tidak memakai topi keledar sepanjang perjalanan, selain menunggang laju.
Operasi diketuai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Kulaijaya, Asisten Superintendan Gurbindir Singh, bersama 26 anggota itu dijalankan selepas kempen keselamatan jalan raya dan agihan topi keledar percuma dijalankan, selain pemerhatian mendapati ramai remaja bawah umur di kawasan itu menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid terbabit.

“Mereka mendakwa membeli alat ganti motosikal berupa fairing dan lampu daripada seorang rakan di sebuah kedai tetapi tiada resit rasmi dikeluarkan, kita bimbang kemungkinan itu barangan curi,” katanya.

Zulkefly berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lagi murid Tahun Enam yang menunggang motosikal dengan alasan membeli barang di kedai berhampiran rumahnya di pekan terbabit. 

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan murid sekolah dan remaja bawah umur menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga mereka dan seolah-olah mengambil mudah peraturan jalan raya hingga mengabaikan keselamatan diri sendiri, serta pengguna lain,” katanya.

Beliau berkata, semua penunggang itu dibawa ke IPD Kulaijaya untuk siasatan lanjut, termasuk pemeriksaan ujian air kencing, manakala ibu bapa penunggang motosikal bawah umur turut dipanggil kerana kesalahan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan dikenakan saman. 

Related Posts:

  • ‘Tidur’ tusukan di leherNILAI: Kemusykilan seorang lelaki yang berjoging apabila melihat seorang wanita ‘tidur’ di bawah pokok membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dibunuh kejam dengan kesan tikaman pada lehernya, semalam. Mayat Rafta… Read More
  • Dibunuh kejam ditikam dileher NILAI – Seorang wanita dijumpai maut, di Taman Permainan Taman Desa Melati Fasa 1, di sini, semalam, akibat ditikam di leher. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, may… Read More
  • Selepas janda, dua pelajar pula ditahanKOTA BHARU: Selepas dua bekas isteri, dua pelajar lelaki berusia 16 tahun pula ditahan berhubung insiden seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair … Read More
  • Aktivis muda Iran ditembak mati di Houston HOUSTON - Seorang pelajar perubatan Texas, yang dikenali sebagai aktivis isu-isu Iran, ditemui mati ditembak tid… Read More
  • Tiga ahli kumpulan geng samun sasar warga asing dicekupKUALA LUMPUR: Tiga ahli kumpulan sebuah geng samun yang bergiat aktif di sekitar Taman Bukit Angkasa, di sini, dengan mensasarkan warga asing sebagai mangsa dicekup di kawasan perumahan itu, pagi semalam. Dalam kejadian k… Read More

0 comments:

Post a Comment