28 January 2012

United tersingkir


LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir saingan Piala FA.

Kuyt menghukum pertahanan lemah United pada minit ke-88 dengan melakukan rembatan leret kencang menewaskan David de Gea selepas United gagal menangani sepakan gol oleh Pepe Reina.

Gol kemenangan oleh penyerang Belanda itu adalah kemuncak aksi dramatik bagi perlawanan pertama yang bebas daripada sebarang insiden tidak diingini oleh kedua-dua pasukan sejak insiden perkauman Luis Suarez terhadap pertahanan United, Patrice Evra musim ini.
Perlawanan mulanya tampak bakal dilangsungkan semula di Old Trafford selepas pemain tengah Korea, Park Ji-Sung memadam gol pembukaan Daniel Agger untuk Liverpool.

Sementara itu, kunjungan kedua Chelsea ke Loftus Road dicemari kontroversi dengan Juan Mata menyempurnakan sepakan penalti yang dipertikaikan untuk membolehkan skuad kendalian Andre Villas-Boas mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 1-0.

Pertembungan pertama kedua-dua pasukan Oktober lalu berakhir dengan Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang dan kapten mereka, John Terry didakwa bersikap perkauman terhadap pertahanan QPR, Anton Ferdinand.

Namun kali ini pertikaian tertumpu kepada penyerang Chelsea, Daniel Sturridge yang didakwa sengaja menjatuhkan badan akibat terjahan Clint Hill hingga meyakinkan pengadil, Mike Dean untuk memberikan sepakan penalti yang menjadi penentu keputusan perlawanan itu. – Agensi 

Related Posts:

  • Saya puas hati: IrfanSelangor pamer kebangkitan tewaskan Perak SELEPAS dua perlawanan Liga Super 2012, sentuhan jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tampak berjaya menjadikan corak permainan Red Giants lebih menarik dan menghiburkan… Read More
  • Azraai puji aksi anak didikMOHD Azraai Khor Abdullah memuji persembahan anak didiknya selepas membuktikan kemampuan sebenar ketika melakar kemenangan pertama saingan Liga Super dengan menewaskan Johor FC, 2-0 di gelanggang lawan, kelmarin. Ketua j… Read More
  • Tuah Tahun Naga LEE Chong Wei membuktikan dia masih dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Terbuka Malaysia buat kali kelapan selepas menundukkan Kenichi Tago dalam perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. “Ini fin… Read More
  • Baddrol kecewa Kedah sekadar raih satu mataPENYERANG kebangsaan, Baddrol Bakhtiar hanya mampu memandang geram ketika menyaksikan Kedah seri tanpa jaringan dengan Lions XII Singapura di Stadium Darul Aman kelmarin. Menurutnya, dia agak kecewa kerana rakan sepasukan… Read More
  • ‘Saya sudah kahwin baru’KUALA LUMPUR: “Ya, saya sudah kahwin baru...akhir tahun lalu,” demikian secara ringkas pengakuan bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim. Selepas sekian lama ‘mengunci mulut’, Roslin ketika ditemui wartaw… Read More

0 comments:

Post a Comment