28 January 2012

Penderma sperma percuma di AS disiasat





WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.
Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Lelaki berusia 36 tahun itu menjadi perhatian Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada 2009 selepas dia mendakwa di laman webnya bahawa spermanya telah membawa kepada lebih 14 kelahiran.
Arsenault juga tidak mempedulikan surat amaran FDA yang mahu dia menghentikan kegiatan tersebut.
"Saya mahu terus aktif kerana saya banyak menerima e-mel daripada pasangan tiada anak yang meminta sperma saya.
"Cerita mereka sama, mereka tidak mampu menggunakan khidmat bank sperma kerana bayarannya terlalu tinggi," kata lelaki itu.
Orang ramai yang membeli sperma daripada bank sperma berdaftar biasanya dikenakan bayaran di antara AS$200 (RM608) hingga AS$675 (RM2,052) untuk satu dos sperma.
Laman web peribadi Arsenault, trentdonor.org menyatakan dia berambut perang, bermata coklat dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat di Lembah Silikon, California.
Mengulas berhubung isu tersebut, FDA dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP memberitahu, penderma sperma perlu terdahulu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan penyakit berjangkit. - AFP

Related Posts:

  • Bahan kimia, peralatan buat syabu dirampas kastam FilipinaMANILA: Pihak berkuasa Filipina merampas satu penghantaran yang diisytihar sebagai “barangan dapur” bersama bahan kimia yang disyaki digunakan untuk membuat dadah methamphetamine dengan kuantiti yang banyak. Penghantaran… Read More
  • Pernikahan Mustafa, Cinta tidak sah?JAKARTA: Perkahwinan antara Mustafa “Debu” dan penyanyi Cinta Penelope pernah mengejutkan peminat mereka tidak berapa lama dulu.  Kini timbul lagi kontroversi mengatakan pernikahan mereka itu tidak sah. Pernikah… Read More
  • 15 nelayan mati dalam serangan rebut kawasanMANILA: Beberapa lelaki bersenjata menembak mati 15 nelayan Filipina dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serangan di laut, dipercayai oleh kumpulan yang bermusuhan, menurut tentera. Jurucakap tentera wilayah, Lefte… Read More
  • Iran ulang ancamanTEHERAN: Ahli Parlimen kanan Iran meningkatkan ancaman untuk menutup laluan kapal minyak di Teluk Parsi selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas eksport petroleum, sekali gus ekonomi negara terbabit. Keput… Read More
  • Polis tahan 6 suspek rangkaian dadah antarabangsaJAKARTA: Polis Nasional mengumumkan penahanan enam suspek penyeludup dadah yang dikatakan terlibat dalam rangkaian dadah antarabangsa. Jurucakapnya, Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution semalam berkata, “Sindiket itu me… Read More

0 comments:

Post a Comment