20 January 2012

Liga Perdana: Pahang kuasa tangga teratas

Pahang
KUALA LUMPUR - Pahang memintas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menduduki persada Liga Perdana selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

Dua gol Pahang dijaringkan oleh Mohd Hafiz Mohd Kamal pada minit ke-17 dan Hazwan Mohd Daud (min-46) manakala pemain import, Muhammad Lamin Conteh berjaya menyelamatkan maruah skuad Singa Utara dengan jaringan dua gol pada minit ke-90 dan seminit kemudian dalam masa kecederaan.

Bagaimanapun perlawanan antara Sime Darby dan ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terpaksa ditunda ke esok akibat hujan lebat ketika

lewat babak pertama berlangsung.

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut mencatat keputusan seri setelah terikat 2-2 kepada Pos Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua gol PDRM dijaringkan oleh Mohd Norzie Ibrahim pada minit ke-86 dan Khairul Izuan Abdullah (min-88), manakala gol Pos Malaysia pula disumbangkan oleh Mohd Hafizi Amiruddin (minit ke-50) dan G. Puaneswaran (minit ke-54).

Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, pendatang baru musim ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat,
Universiti Sains Malaysia (USM) FC setelah juga terikat seri 1-1.

Kedua-dua gol terhasil pada separuh masa kedua dengan pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Romhizat Jamian pada minit ke-57 sebelum gol  penyamaan USM FC dijaringkan oleh S.Veeno (min-73).
Satu lagi pendatang baru, Negeri Sembilan Betaria pula tumpas 1-2 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar di Stadium Hang Tuah Melaka.

Dua gol MP Muar dijaringkan oleh R.Puganeswaran seawal minit ke-10 diikuti gol kedua oleh pemain import Hilary Odada (min-72), manakala gol sagu hati Betaria disumbangkan oleh Mohd Fauzi Abdul Kadar (min-58).

Satu perlawanan yang berlangsung di Lembah Klang menyaksikan Harimau Muda B terikat 1-1 kepada Johor di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama

Keputusan perlawanan Liga Perdana
Betaria FC 1-2 MP Muar
Johor MBJB 1-1 USM FC
Harimau Muda B 1-1 Johor
PDRM 2-2 Pos Malaysia
Perlis 2-2 Pahang

Related Posts:

  • United tersingkir LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke kelompok 16 pasuk… Read More
  • Pantang menyerah sebelum kalah: Selvaraj MESKIPUN dilabel pasukan lemah dan mendapat ulasan negatif media, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menggesa anak buahnya agar tidak me­ngaku kalah sebelum turun ke gelanggang… Read More
  • Bekas pemain Selangor Razali Alias meninggal duniaKUALA LUMPUR - Bekas pemain skuad bola sepak Selangor Razali Alias, meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi.Allahyarham berusia 51 tahun.Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya di 41, Lor… Read More
  • Kelantan kukuh cengkaman Liga Super KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perakapabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi. Dengan kemena… Read More
  • Jurulatih sementara Kedah letak jawatan serta-merta ALOR SETAR - Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan ken… Read More

0 comments:

Post a Comment