20 January 2012

Kelantan terajui Liga Super

Kelantan
ALOR SETAR - Kelantan menerajui takhta Liga Super selepas menang selesa 3-0 ke atas Kedah pada perlawanan di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan dengan mengumpul 10 mata manakala Kedah masih memburu kemenangan pertama selepas dua kali seri dan dua kalah.

Gol pembukaan Kelantan hadir menerusi sepakan penalti menerusi pemain importnya, Mohammed Mahmoud Ghaddar pada minit ke-35 setelah Norshahrul Idlan Talaha dikasari oleh pertahanan tuan rumah Mohd Fauzi Nan dalam kotak penalti.

Manakala gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-78 yang dijaringkan Nor Shahrul yang merembat kencang ke penjuru gol Kedah, memannfaatkan hantaran oleh pemain gantian Danny Antwi.

Gol ketiga Kelantan pula hadir pada minit ke-90 menerusi sepakan kencang Antwi yang menewaskan pengaja gol Mohd Helmi Eliza serta kesilapan pertahanan Kedah. - Bernama

Related Posts:

  • 'Bagaikan mimpi' Nadal  MELBOURNE: Rafael Nadal berkata, ia ibarat 'mimpi' apabila menempah tempat ke final Terbuka Australia selepas ditimpa kecederaan sebelum kejohanan yang hampir menyebabkan dia menangis di bilik hotelnya.… Read More
  • Tekad benam Bahrain KHAIRUL FAHMI akan menyertai latihan skuad Harimau Muda esok. DALAM tempoh beberapa hari sahaja lagi, skuad Olimpik negara bakal membuat perhitungan semula dengan Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpul… Read More
  • Penyu mahu elak perangkap Singa KUDRAT Manaf Mamat (kiri) ditagih oleh Mat Zan dalam usaha mereka menjinakkan Lions XII malam ini. DI sebalik prestasi konsisten yang dipamerkan anak-anak buahnya, sebenarnya masih ada rasa bimbang yang menyelubungi p… Read More
  • Misi hidup, mati skuad Kedah KEDAH (jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi menentang Johor FC malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka. PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat h… Read More
  • Mampukah Selangor? TEKA-TEKI sama ada Selangor mampu mengakhiri ‘badi’ empat kekalahan berturut-turut kepada T-Team bakal terjawab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini. Sebagai rekod, skuad bimbingan I… Read More

0 comments:

Post a Comment