20 January 2012

Rita mahu jawab surat Zafuan

AIDIL ZAFUAN dan Rita Rudaini bersama dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterima pelakon, Rita Rudaini Mokhtar daripada suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak baru-baru ini sebenarnya bukanlah mengenai spekulasi perceraian mereka tetapi ia sebaliknya melibatkan isu anak-anak mereka

Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang ditemui di Mahkamah Syariah di sini, semalam berkata, surat bertarikh 11 Januari lalu itu diterima Rita Rudaini, 36, kelmarin.

Bagaimanapun beliau berkata, surat tersebut hanya akan dijawab selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti kerana ia memerlukan perbincangan lebih mendalam bersama anak guamnya.

"Saya perlu berbincang lagi bersama Rita, (surat itu) tidak timbul isu penceraian antara mereka, apa yang terbaik adalah sama-sama fikirkan kebajikan anak-anak," katanya selepas dilantik Rita Rudaini bagi menjawab tuntutan terhadap anak-anaknya oleh Mohd. Aidil Zafuan di sini semalam.

Mohd. Zaidi hadir bersama Rita Rudaini di Mahkamah Syariah di sini kira-kira pukul 3.15 petang untuk mendaftarkan kes mereka berhubung tuntutan tersebut.

Mohd. Zaidi bagaimanapun memberitahu, tuntutan yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan tidak perlu didedahkan kerana ia lebih kepada perbincangan keluarga.

"Dalam hal ini, beberapa isu perlu diperbetulkan kerana lebih kepada persepsi akibat daripada unsur-unsur lain dan ia tidak boleh didedahkan buat masa ini bagi meredakan keadaan kedua-dua belah pihak," katanya.

Related Posts:

  • Pemandu teksi terima padah apabila masuk laluan mengejut REMUK...teksi yang terbabit kemalangan, semalam. SELAMAT...Safian cedera ringan.KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di L… Read More
  • Penganggur dituduh samun telefon bimbit GEORGETOWN - Seorang penganggur mengaku bersalah menyamun seorang lelaki dengan melarikan telefon bimbit mangsa. S Linges, 20, dari Lintang Tenggiri, Seberang Jaya, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 4 p… Read More
  • Jadi pendiam sebelum ajal KUALA BERANG: “Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, arwah paling banyak bercakap tetapi kelmarin tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya dan mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selamanya,” kata Nurul Asmalina M… Read More
  • Beri salam bedil perut DI SINI...Mohamad Lawi menunjukkan pintu belakang rumahnya yang dipecahkan perompak.PASIR MAS: Seorang daripada empat lelaki bertopengkan kain pelekat memberi salam sebelum melarikan barangan berharga dan sebuah kereta dala… Read More
  • Taktik berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan sebelum menyamunKUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tuna… Read More

0 comments:

Post a Comment