18 January 2012

Curi 23 tan gula majikan

SUBANG JAYA: Lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu di sebuah kilang gula di Batu 3, Shah Alam, berpakat mencuri 23 tan bahan makanan dianggarkan bernilai kira-kira RM58,000 daripada majikan mereka untuk mendapatkan wang tambahan.
Bagaimanapun, kelicikan enam pekerja terbabit yang berpura-pura datang bekerja macam biasa seperti tiada apa yang berlaku gagal mengaburi polis apabila mengesan perbuatan mereka. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kecurian dilaporkan pengurus sumber manusia kilang itu yang menerima panggilan daripada kakitangan jabatan logistik mengenai kehilangan gula di gudang simpanan bahan makanan jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

“Susulan laporan itu, polis segera ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Hasilnya, kami mengesyaki kecurian dilakukan orang dalam berikutan tiada kesan pecah masuk di kilang berkenaan.
“Berdasarkan rekod keluar masuk pekerja yang bekerja ketika kejadian disyaki berlaku, kami menahan lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu kira-kira jam 8 malam sehari selepas kecurian ketika mereka sedang bertugas bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, semalam.

Related Posts:

  • Sikap ramah remaja undang kematianJOHOR BAHRU: Sikap ramah seorang remaja berusia 18 tahun hingga menyebabkan tiga lelaki jatuh hati kepadanya, dipercayai menjadi punca dia (remaja) dibunuh kejam dengan lehernya dikelar selain ditikam dalam kejadian di rum… Read More
  • 2 beradik mati berpelukanTAWAU: Akrab hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran tragedi membabitkan dua beradik yang mati rentung dalam keadaan berpelukan apabila rumah mereka di Kampung Titingan di sini, terbakar, awal pagi semalam. Dalam kejadia… Read More
  • Tertembak muka sendiriKUCHING: Seorang pekerja kuari cedera parah di muka akibat terkena tembakan pistol milik bapanya, seorang anggota trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu … Read More
  • 41 Pemandu Kenderaan Perdagangan Disaman Memandu Melebihi Had LajuKUALA LUMPUR: Empat puluh satu pemandu kenderaan perdagangan disaman kerana memandu melebihi had laju dalam operasi perangkap laju di Km457.8 Hentian Rehat Sungai Buloh (HRS), arah Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan tengah … Read More
  • Bakal Pelajar Mahsa College, Adik Perempuan Maut Dalam KebakaranTAWAU: Hasrat seorang pelajar untuk memasuki Medical and Allied Health Sciences College (MAHSA College) musnah apabila dia meninggal dunia bersama adik perempuannya dalam satu tragedi kebakaran awal pagi Ahad. Mayat Andi H… Read More

0 comments:

Post a Comment