18 January 2012

Barang kemas ½kg dicuri

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila rumah mewahnya di Taman Century, di sini, diceroboh penjenayah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 termasuk pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah kilogram, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa yang mahu dikenali Lee, lingkungan 30-an dikatakan bersama ahli keluarga meninggalkan rumah itu kerana urusan perniagaan dan pulang jam 1.30 tengah hari.

Lee berkata, sebaik pulang ke rumah dan cuba membuka pintu, dia berasa seperti ada ‘sesuatu’ yang menghalang pintu masuk rumah itu.
Menurutnya, selepas beberapa kali ditolak, dia membuka pintu dan terkejut apabila mendapati barangan di dalam rumah berselerak.

“Saya memeriksa dalam rumah sebelum mendapati wang tunai RM50,000 dan mata wang asing bernilai RM150,000 (AS$30,000) turut hilang.

“Malah, perompak melarikan kunci kenderaan dan pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah kilogram,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila perompak terbabit tidak melarikan peralatan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer riba.

“Saya yakin penceroboh perompak profesional kerana ‘memilih’ barang bernilai tinggi untuk dicuri dan pemeriksaan mendapati perompak mengumpil jeriji besi di tingkap belakang,” katanya.
Lee berkata, selepas melarikan barang berharga itu, penceroboh meletakkan kerusi di belakang pintu depan bertujuan menyukarkan pemilik rumah membuka pintu itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih diteruskan.

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Related Posts:

  • Enam bulan jadi hamba nafsu buas kekasih Woon (kiri) menunjukkan gambar bekas kekasihnya yang sering mengugut mahu menyebar gambar bogelnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada beka… Read More
  • Empat lelaki China ditahan setelah bunuh 40 kura-kura Gambar Hiasan ZIMBABWE - Empat lelaki China ditahan oleh penguat kuasa Zimbabwe di Bikita kerana membunuh lebih 40 ekor kura-kura jenis Bell's Hinged, spesis yang terancam di negara benua Afrika itu. Empat yang ditah… Read More
  • Dua lagi disimbah asid ketika sedang nyenyak tidur Gambar Hiasan MARANG 19 Februari 2012 - Seorang remaja yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang rakannya melecur setelah disimbah cecair, dipercayai asid, dalam s… Read More
  • Penagih dadah khayal ditahan polis Gambar Hiasan KUANTAN Seorang lelaki, dipercayai penagih dan pengedar dadah, ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di Teluk Chempedak, di sini, jam 3 pagi semalam. Lelaki berusia 20-an itu ditahan untuk menjalani uj… Read More
  • Wanita di ugut kekasih Gambar Hiasan 19 Februari 2012 KUALA LUMPUR - Biro Pengaduan Awam MCA menerima satu lagi kes membabitkan seorang wanita yang diperas ugut oleh bekas kekasihnya untuk mendedahkan gambar bogelnya melainkan mangsa bersetuju … Read More

0 comments:

Post a Comment