18 January 2012

1.21j kenderaan didaftar 2011

PUTRAJAYA: Lebih 1.21 juta kenderaan baru didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu, berbanding 1.15 juta kenderaan tahun sebelumnya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebahagian besarnya membabitkan kenderaan persendirian iaitu 594,610 kereta (49.06 peratus) dan 542,308 (44.74 peratus) motosikal.

Katanya, pertambahan itu perlahan sedikit akibat kejadian tsunami di Jepun dan banjir besar di Bangkok, Thailand.
“Sekiranya dua kejadian ini tidak berlaku, kami percaya lebih banyak kenderaan baru yang didaftarkan.

“Namun, angka ini menunjukkan rakyat negara ini memperoleh pendapatan lebih baik dan peningkatan pembelian kereta di kalangan pembeli pertama menunjukkan sektor automotif di negara ini semakin berkembang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
Selain itu, Cho Ha berkata, seramai 527,198 pemandu baru dilesenkan sepanjang tahun lalu, menjadikan jumlah terkumpul pemandu di negara ini 12,763,452, berbanding 12,236,254 tahun sebelumnya.

Mengenai kutipan hasil pula, katanya, JPJ mengutip RM3.17 bilion iaitu peningkatan 9.3 peratus daripada RM2.9 bilion pada 2010.
“Kutipan tertinggi diperoleh daripada lesen kenderaan motor (cukai jalan) iaitu RM2.2 bilion, diikuti lesen memandu RM376.8 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Cho Ha berkata, adalah membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan secara purata 18.8 kematian dicatatkan dalam tempoh sehari sepanjang 11 bulan tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Menurutnya, trend itu sekali gus memerlukan pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutama pada musim perayaan. “Kami ingin mengingatkan semua pemandu supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, manakala kenderaan barangan dan berat juga perlu mengikuti peraturan kerana kumpulan ini juga antara yang menyumbang kepada kemalangan.

“Perkara ini bukan hanya perlu diambil berat pada musim perayaan, tetapi juga di luar musim perayaan,” katanya Cho Ha berkata, selepas dua hari Ops Sikap ke -25 dilancarkan Isnin lalu, sebanyak 17 kematian dicatatkan pada hari pertama dan sembilan kematian pada hari kedua.

Related Posts:

  • Wanita pergi kerja dipijak dalam semakGOMBAK: Seorang wanita yang ingin ke tempat kerjanya berdepan detik cemas apabila diekori lelaki misteri sebelum dia ditarik masuk ke dalam semak dan dibelasah, malah dipijak dalam kejadian di Batu 11, Jalan Gombak Lama, d… Read More
  • ‘Bila-bila masa saja bas jalan’ MAHAL...seorang ulat tiket menawarkan tiket kepada wartawan Harian Metro. KUALA LUMPUR: Degil dan tidak gentar. Itu gambaran ulat tiket di Pudu Sentral yang ‘gigih' mendekati orang ramai yang lalu lalang di k… Read More
  • Drebar treler mohon bicaraJOHOR BAHRU: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini semalam, atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian sepasang su… Read More
  • Ibu minta solat jenazah NAHAS...keadaan treler yang terjunam ke dalam parit selepas gagal dikawal. NGERI...anggota bomba berusaha menarik keluar mayat Rosmi yang terbenam. MUAR: “Dua hari lalu, ketika kami makan malam bersama, um… Read More
  • Penculik tuntut RM1.7 juta SHAH ALAM - Anak lelaki kepada seorang ahli perniagaa… Read More

0 comments:

Post a Comment