27 January 2012

SPAD tahan 12 pemandu teksi

KUALA LUMPUR 28/01/2012 — Seramai 12 pemandu teksi ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak menggunakan meter dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) di sini malam tadi.

Pengurus Besar Penguatkuasaan & Latihan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata enam pemandu ditahan kerana menetapkan tambang sesuka hati, dua tidak menggunakan meter, dua kerana tiada dokumen pemandu dan dua lagi kerana mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.

"Kesemua mereka berumur 30 hingga 50 tahun itu berjaya ditahan selepas pegawai kita yang terlibat dalam operasi kali ini iaitu seramai 30 orang melakukan penyamaran dengan menaiki teksi-teksi ini dari TerminalTambang Murah (LCCT) sehingga ke KL Sentral,” katanya kepada pemberita selepas operasi selama tiga jam yang bermula pukul 8 malam.

Che Hasni berkata, pemandu yang tidak menggunakan meter akan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata orang ramai yang merasa tertipu dengan helah pemandu teksi sedemikian boleh membuat aduan SMS SPAD Aduan (aduan anda) ke 15888, atau menelefon talian Hotline SPAD di 1–800–88–9600 ataupun menghantar e-mel melalui aduan@spad.gov.my.— BERNAMA

Related Posts:

  • Jatuh cinta dengan lelaki Pakistan SAMER KHAN lelaki Pakistan yang didakwa membawa lari Nurul Zakiah pada 14 Februari lalu. KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi kelu… Read More
  • Warga emas nyaris maut ditanduk dan dilambung lembuKUANTAN: Niat murni warga emas mahu menghalau lembu jantan berkeliaran berdekatan masjid bertukar tragedi apabila dia nyaris maut ditanduk dan dilambung setinggi dua meter ternakan berkenaan yang naik minyak. Akibat ke… Read More
  • Terowong mautKEPALA BATAS: Terowong ‘mini’ di Jalan Paya Keladi, dekat sini, hanya 10 meter panjangnya tetapi didakwa menjadi ‘perangkap maut’ kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal. Kebanyakan kenderaan dari arah Paya Kelad… Read More
  • Rumah dirempuh kereta ketika solatSEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat. Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyin… Read More
  • Rugi hampir RM10,000 akibat kereta terbabas masuk rumah AHMAD melihat kereta Toyota Camry yang terbalik selepas terbabas dan merempuh rumahnya di Taman Tiroi, Seremban malam semalam. SEREMBAN - Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi, Labu di sini malam semalam … Read More

0 comments:

Post a Comment