27 January 2012

Pemuda dipercayai lemas di Sg. Kuala Muda

BALING 28/01/2012 — Seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai lemas di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida di sini. 

Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling, Abdul Kudus Malik berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.20 petang semalam menyatakan ada orang lemas dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling tiba di tempat kejadian pukul 4.45 petang dan menjalankan operasi mencari dengan bantuan penduduk sekitar namun terpaksa menghentikan operasi pada 7 petang.

Abdul Kudus berkata, pihaknya berpandukan petunjuk dari penduduk Kampung Belida yang mendakwa melihat mangsa menuju ke tebing sungai petang semalam dan tidak pulang ke rumah.

Laporan dibuat keluarga mangsa, yang berasal dari Kampung Kuala Darak, kira-kira satu kilometer dari Kampung Belida, di Balai Polis Kuala Ketil pada 4 petang tadi.

Katanya, operasi mencari akan diteruskan pagi ini dengan bantuan unit skuba. — BERNAMA

Related Posts:

  • Tragedi lampu merah REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang. HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan. GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang dre… Read More
  • Pemuda dipercayai lemas di Sg. Kuala MudaBALING 28/01/2012 — Seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai lemas di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida di sini.  Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling, Abdul Kudus Malik berkata, piha… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • Kilang penapis udara terbakar, rugi RM1 juta ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang membuat penapis udara di Seksyen 15, Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sebuah kilang penapis udara, OYL Manufacturing Company Sdn. Bhd., kerugian lebih RM1 juta apabila hampir 80 peratu… Read More
  • 10 pelancong selamat, 3 kru bot terbalik hilangMANILA: Seramai 10 pelancong asing diselamatkan tetapi tiga kru kabin masih hilang selepas bot mereka terbalik di perairan pulau peranginan popular Boracay, kata polis, semalam.  Menurut kenyataan dikeluarkan ibu pej… Read More

0 comments:

Post a Comment