20 January 2012

Pervez Musharraf akan ditahan jika pulang

Pervez Musharraf (tengah) disambut oleh penyokongnya di Dubai sebelum menyampaikan ucapan yang disiarkan melalui video kepada kira-kira 8,000 penyokong di tengah Karachi pada 8 Januari lalu, mengumumkan beliau akan pulang ke Pakistan pada akhir bulan ini. - REUTERS



ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan hari ini mengesahkan akan menahan bekas Jeneral Pervez Musharraf seandainya beliau kembali ke negara ini seperti yang diumumkannya, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Rehman Maliki memberitahu Parlimen semalam, pemimpin tentera itu tetap akan ditahan kerana dia merupakan seorang pesalah.

"Terdapat tiga kes yang didaftar atas namanya. Jadi dia tetap akan ditahan," katanya.

Dalam ucapan telefon kepada pengikutnya di Karachi pada 8 Januari lalu, Musharraf berjanji akan kembali ke Pakistan antara 27 hingga 30 Januari ini bagi menyertai pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Saya tetap akan tiba di Karachi walaupun apa yang akan terjadi," katanya.

Pada Oktober 2008, mahkamah Pakistan mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau berhubung pembunuhan pemimpin pemberontak Baluch, Akbar Bugti dalam serbuan tentera di sebuah gua di kawasan timur laut negara ini pada Ogos 2006.

Tahun berikutnya, Musharraf didakwa dengan kes jenayah berhubung penahanan hakim dan keadaan darurat 2007 yang berpunca daripada penyalahgunaan kuasa.

Tahun lalu, satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berikutan kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, kerana dikatakan gagal melindungi keselamatan beliau. - AFP

Related Posts:

  • Misteri 90 ikan paus terdampar di New Zealand WELLINGTON - Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot didakwa terdampar di sebuah lokasi tum… Read More
  • Rancang serang Iran WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dikatakan sedang dalam persediaan mengeluarkan perintah serangan ketenteraan terhadap Iran, jika sekat… Read More
  • Pemotong kayu mati diterkam harimau JAKARTA - Seorang pemotong kayu mati dipercayai diterkam harimau di kawasan hutan Baru Nalo, daerah Maringin, negeri Jambi, Sumatera. Penduduk kampung menemui mayat Sargawi dalam keadaan mengerikan hari ini dengan bebe… Read More
  • Iran dakwa EU lancar perang psikologi AMERIKA menempatkan kapal tentera, USS Abraham Lincoln untuk memberi tekanan kepada Iran. Iran mahu tutup Selat Hormuz untuk pastikan warga AS tak selamat  Jika AS mahukan pengalaman mendebarkan selepas penutupan Se… Read More
  • Perintah berkurung untuk bandar Kano ABUJA - Bandar Kano, Nigeria kini di bawah arahan perintah berkurung selepas berlaku beberapa serangan melibatkan letupan bom dan tembak-menembak di beberapa ka… Read More

0 comments:

Post a Comment